Khusus dalam pembuatan snek popular di Indonesia dan juga Malaysia, kiosk terbaru di Hartamas ini menawarkan apam balik panas pelbagai perisa khas untuk anda!
Dikenali sebagai martabak di Indonesia, terdapat dua jenis martabak yang disediakan di Tetangga Kita iaitu nipis dan juga tebal.
Anda juga boleh melihat sendiri cara pembuatannya sebaik sahaja anda memesan martabak kegemaran anda. Tetangga Kita diasaskan di Jakarta dan pekerjanya pula dari Bandung dan juga Aceh.
Antara yang wajib dicuba ialah marbatak tebal Nutella dan keju (RM25, cukup untuk dikongsi seramai 3 orang), martabak nipis perisa teh hijau Kit Kat dan keju (RM17 sesuai untuk dua orang) dan juga martabak Red Velvet Oreo atau jagung beserta keju (RM15-RM20).
Foto:Facebook
Anda juga boleh tambah telur atau ayam sebagai intinya.
Foto:Facebook
Lokasi Tetangga Kita:
Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Foto:Facebook
Jom ke Hartamas, tak sabar nak cuba! -CARI
|