Suatu ketika dulu, teksi menjadi salah satu pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan orang ramai yang ingin cepat sampai ke mana-mana destinasi. Harga tambang teksi sudah tentulah mahal sedikit berbanding bas atau lrt.
Malah sering kali kita mendengar pelbagai kisah atau kejadian yang berlaku kepada penumpang akibat sikap buruk sesetengah pemandu teksi. Ada yang sesuka hati meletakkan harga tambang dan tidak memasang meter bagi setiap perjalanan. Jadi, selalulah berlaku pergaduhan atau perasaan tidak puas hati para penumpang.
Kredit foto: Kosmo
Bagaimana pun, setelah Uber dan Grab diperkenalkan, ramai penumpang yang beralih kepada perkhidmatan tersebut kerana ia lebih mesra pelanggan dan tidak mudah ditipu oleh pemandu. Pemandu-pemandu teksi mula merasa pendapatan mereka semakin merosot kerana kebanyakan penumpang sudah tidak mahu menggunakan teksi untuk ke mana-mana. Oleh itu, mereka mula menuntut hak mereka dan mempertikaikan tentang keputusan kerajaan yang meluluskan perkhidmatan Grab di negara ini.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam sikap sesetengah pemandu teksi yang tamak dan bersikap buruk dengan para pelanggan mereka. Jadi, padanlah muka pemandu-pemandu teksi yang sudah mula sedar mengapa kebanyakan penumpang memilih untuk menggunakan Grab berbanding teksi mereka.
Netizen serik nak naik teksi
Ramai netizen bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kebanyakan sudah terkena dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang melayan mereka dengan buruk dan meletakkan harga yang cekik darah sehingga membuatkan netizen serik untuk menggunakan perkhidmatan teksi.
Grab lagi murah, kenapa nak naik teksi yang mahal?
Netizen turut merasakan harga yang dicaj oleh pemandu teksi begitu mahal berbanding Grab. Ada pemandu yang sengaja tidak menggunakan meter caj perjalanan dan jika mengguna meter sekalipun, ada yang sesuka hati menambah caj bagi mengaut untung lebih. Sebab itulah ramai yang suka menggunakan Grab kerana harganya lebih murah, pemandu lebih sopan dan tidak berkira untuk menghantar pelanggan mereka walaupun jaraknya begitu dekat.
Netizen kena berani tegakkan hak!
Netizen yang betul-betul berani akan melawan dan bertekak dengan pemandu teksi yang cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tambang sesuka hati. Tetapi kebanyakan penumpang tidak mahu mencari masalah dan membayar sahaja tambang yang dikenakan. Komen netizen ini tentang ibunya yang berkeras membayar harga tambang sebenar dilihat berani kerana mempertahankan haknya sebagai pelanggan.
Kita sebagai pengguna dan penumpang berhak memilih perkhidmatan mana yang lebih menjimatkan dan memuaskan hati. Jika sikap pemandu teksi masih tidak berubah dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka terpaksa menanggung akibat daripada kesalahan diri sendiri. Setuju tak? - CARI |