Cara untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai atau dengan kata yang lebih mudah menambat hati lelaki. Cara ini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang susah nak perasan akan tanda yang wanita berikan.
Sumber Foto : Pesona Pengantin
Jadi, anda boleh jadikan 7 tip dibawah ini sebagai salah satu cara anda untuk menambat hati si dia tanpa si dia sedari.
#1 Berpegang Pada Agama
Benar tugas lelaki menjadi pemimpin dan pembimbing dalam keluarga nanti namun wanita juga perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama. Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin kelak, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan isterinya di rumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.
#2 Jaga Cara percakapan Anda Di Hadapan Si Dia
Nampak si lelaki ini ganas dan sado di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada tisu. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang meninggi suara, ketawa mengilai-ngilai berserta bunyi pelik dan mencarut. Bersikap lemah-lembut dan tak terlalu over. Ingat, anda nak tarik hati sidia yang anda minati jadi sila berhati-hati.
#3 Jaga Penampilan Anda
Penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal seperti opera cina. Cukup hanya mengenakan sedikit lipstik, foundation dan alis mata. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak sesuai kalau muka dah lawa, pakai baju cantik, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan.
Foto Carian internet
#4 Jadilah Seseorang Yang Boleh DipercayainyaJika si lelaki senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita janganlah pula anda ceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi tu pada seluruh kampung anda. Jika itu berlaku itu lambat laun kepercayaannya pada wanita akan terhakis sedikit demi sedikit. Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda. Jadi cuba jadi pendengar yang setia dan simpan rahsia itu sebaik-baiknya.
#5 Jadi Tulang Belakang Terhadap Susah dan Senangnya
Pepatah mengatakan lelaki diuji ketika ada duit, manakala wanita diuji ketika tiada duit. Jika anda benar-benar sukakan dia, sentiasalah ada dalam setiap jatuh bangunnya..Cuba berikan sokongan moral dan tunjukan anda sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Walaupun bukan bantuan dari segi kewangan, namun setidak-tidaknya ruang hati si dia pasti terbuka untuk menerima Anda.
#6 Menghormati Orang Tua
Lelaki mudah cair jika melihat cara anda melayan dan menghormati orang yang lebih tua dari anda. Adab sopan yang dimaksudkan seperti salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tapi janganla hipokrit ye. Pembawakan diri tu biarlah nampak semulajadi bukan dibuat-buat.Jika anda menipu pasti akan nampak canggung di hadapan mata sidia.
Sumber Foto: Oh Bulan
#7 Luahkan Terus Perasaan Anda Pada Si Dia
Berani ke nak luahkan? Jika kesemua tips diatas anda dah lakukan namun tiada respon dari si dia tidak salah sekiranya kita sebagai wanita meluahkan rasa cinta pada si dia. Namun jika cinta anda tidak berbalas sebaiknya anda mengundurkan diri dahulu. Beri ruang pada si dia di samping berdoa pada pemilik hati kita, kerana DIA sahaja yang mampu membolak balik kan hati kita.
Mana tahu jika sudah tertulis si dia adalah bakal jodoh anda, berbaloi juga usaha anda selama ini kan. Pasti tersenyum girang anda di pelaminan nanti. - CARI
|