Dek tulisan yang tidak bertanggungjawab, penyanyi dan pelakon, Elyana akhirnya menyahaktif akaun instagramnya. Tulisan yang mengandungi kata-kata kesat itu menuduh diri Elyana yang tidak menutup aurat itu sebenarnya punca sakit kansernya makin melarat. Malahan Elyana juga dituduh menaikkan nafsu syahwat lelaki dan juga tiada rasa malu ketika memuat naik gambar yang tidak bertudung.
Sebelum menyahaktif, Elyana juga sempat membalas komen jahat tersebut bahawa dia tidak akan memaafkan insan yang mengeluarkan kata-kata 'nasihat' tersebut.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Di IG Story juga Elyana menulis yang dia sebenarnya sudah bersedia untuk membuat rawatan, namun dengan 'nasihat' dan komen netizen yang langsung tidak membina, dia sudah berputus asa. Apatah lagi terlalu ramai yang mengaitkan dengan perkataan mati semata-mata.
Kredit foto: Twitter
"Orang begini bukan nak menegur, tapi nak membunuh semangat pesakit!"
Dengan tiada lagi akaun Instagram, kita tidak dapat lagi melihat perkembangan terbaru Elyana.
Oleh sebab itu, Alan menerusi laman Twitter menyeru netizen supaya membuat aduan terhadap akaun pembuli siber ini yang mempunyai profile baik-baik tetapi komen jahat pada mereka yang sakit seperti Elyana. Malahan menerusi pencarian di Internet, pembuli ini sentiasa menulis kata-kata baik di laman Facebooknya.
Hal ini membuatkan netizen berasa orang yang memberi komen baik-baik ini lah sebenarnya sangat jahat kerana bertopengkan kebaikan.
Kredit foto: Carian Internet
Malahan rakan artis yang juga merahsiakan sakitnya turut menasihatkan netizen supaya netizen berhati-hati sebelum memberi komen terhadap sesiapa jua kerana ia boleh membuatkan orang tersinggung.
Bagaimanapun, ada sahaja yang bersetuju bahawa teguran adalah perlu kerana ia mengurangkan gambar tidak senonoh untuk ditonton.
Kredit foto: Carian Internet
Semoga Elyana bangkit kembali dan meneruskan rawatan supaya lebih sihat. - CARI
|