View: 3533|Reply: 2
|
Asyik Ayam Percik Je, Jom Cuba Resipi Talapia Percik Pula. Sedap Ke Tak?
[Copy link]
|
|
Kalau ke pasar malam antara menu yang sering kali dibeli pastinya ayam percik. Ayam yang dipanggang dan dimakan dengan kuah percik tentu sahaja memberikan rasa yang sangat enak.
Tapi, ayam percik agak biasa dan selalu kita dengar. Macam mana pula dengan ikan talapia percik? Sedap ke rasa dia? Macam rare je kan? Nak tahu sedap ke tidak? Jom cuba resipi ini.
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
1 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B (Kuah Percik)
3 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
(Cili merah, cili api, serai, bawang merah, kunyit hidup dan bawang putih dikisar bersama)
1 cawan pati santan
1 sudu teh gula pasir
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Sapukan garam pada kedua-dua belah ikan. Perapkan sebentar.
2. Letakkan ikan di atas pemanggang.
3. Bakar ikan sehingga separuh masak sambil titiskan minyak pada pemanggang.
4. Masukkan semua bahan B, santan, gula, asam gelugur, dan garam ke dalam kuali. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak.
5. Siramkan ikan dengan kuah dan bakar lagi sambil sapukan kuah pada ikan sehingga garing.
6. Masakkan lagi kuah percik sehingga agak pekat.
7. Sedia dihidangkan. - CARI
Kredit foto dan resipi : My Resipi
|
|
|
|
|
|
|
|
x pernah mkn talapia percik.. minat yg ayam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|