Biasanya kalau sudah memberi pengesahan tentang kehadiran, tiket akan diserahkan sendiri oleh penganjur kepada tetamu jemputan.
Namun kali ini lain pula yang berlaku untuk Anugerah Skrin 2018, selepas RSVP artis sendiri perlu ambil tiket ke lokasi yang ditetapkan.
Ini yang terjadi pada Adi Putra dan dia memuat naik bertanyakan pendapat netizen tentang perkara ini. Dia sendiri merasakan cara jemputan itu tidak sesuai digunakan penganjur.
Dia juga bertanya, jika peminat berada di tempatnya adakah mereka akan berbuat demikian seperti yang diminta pihak penganjur?
Foto: IG Adi Putra
Netizen juga berpendapat di zaman teknologi yang serba canggih ini boleh sahaja tiket dihantar melalui emel dan pelbagai medium lain yang tidak menggunakan kertas. Semuanya dihujung jari.
Agak ketinggalan zaman cara jemputan ke ASK 2018 ini! Pihak pengurusan artis atau artis sendiri boleh mencetak tiket tersebut sebelum majlis berlangsung nanti tanpa perlu membuang masa.
Tambah lagi, Adi Putra juga tidak tahu drama yang mana satu namanya tercalon untuk anugerah kali ini. Tiada maklumat terperinci yang diterima mengenai pencalonan namanya.
Sekarang orang pakai emel sahaja hantar tiket. Lebih mudah kalau scan? sahaja di pintu masuk. Tidak perlu kertas. Siapalah punya idea buat cara begini? - CARI
masa dfkl liase dgn sakinah rsvp ni..tapi diorang dah pakai online rsvp..tunjuk je e-invite dekat crew yg jaga entrance tu..tapi tak tau lah anugerah skrin kena ambil sendiri
org jemput kawin, jemput parti, jemput lah apa2 pun semua si organizer y g jumpa or reach out guests. ni terbalik plak.. ingat ASK media prima ni level cam OSCAR ke?
persoalan nya samada ko nak pergi atau tak, klu nak pergi go and take klu tak nak duk diam2 dgn bebird kaedahnya...nmpk sgt you are not meant to be a winner
Post time 31-10-2018 07:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Heols ni dah xrelevan dh. Xpaham nape produksi still ambik dia blakon. Geli la tgk dia berlakon skrg. Fefeling mcm toksyam danish kekdahnya tp masalahnya adp ni menggelikan