CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2985|Reply: 8

Pakai Tali Pinggang Keledar Dalam Pesawat Bukan Untuk Selamat, Tapi Supaya Senan

[Copy link]
Post time 2-11-2018 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Isu kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia tetapi baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan buat warga Indonesia khususnya apabila sebuah pesawat Lion Air JT 610 penerbangan Jakarta-Pangkalpinang telah terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada 29 Oktober lalu. Pesawat nahas itu membawa penumpang dan kru seramai 189 orang dan kesemua mangsa tiada yang terselamat.


Kredit foto: Google (Gambar Hiasan)


Menurut berita yang dikeluarkan di Astro Awani sebelum ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas)mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan mayat tidak timbul di permukaan air kerana masih terikat pada kerusi pesawat selepas ia terhempas.



Seorang pengguna twitter telah memuat naik status bagi memberi respon kepada kenyataan yang mengatakan kebanyakan mangsa terikat pada kerusi pesawat itu. Wanita ini pernah diberitahu oleh seseorang bahawa tujuan sebenar penumpang memakai tali pinggang keledar semasa berada dalam pesawat bukan hanya sekadar untuk tujuan keselamatan tetapi ia turut membantu memudahkan mayat ditemui apabila berlakunya kemalangan. Benar atau tidak, ia tidak dapat dipastikan.






Dalam kemalangan pesawat, kebanyakan penumpang akan meninggal dunia




Kenyataan mengarut!




Sudah tentu ada netizen tidak bersetuju dengan status wanita ini








Wajib pakai tali pinggang keledar



Apa yang pasti, netizen ini berpendapat semua penumpang wajib memakai tali pinggang keledar didalam pesawat dan perlu mematuhi isyarat yang diberikan.





Komen daripada seorang juruterbang



Netizen yang merupakan seorang juruterbang turut memberi komen pada status twitter wanita ini. Apa yang difahaminya, tujuan pemakaian tali pinggang keledar dalam pesawat sudah tentu untuk mencegah daripada kecederaan yang serius apabila berlaku kemalangan.





Pasang pelampung pada kerusi pula


Malah ada netizen yang mnecadangkan agar pelampung turut dipasang pada kerusi pesawat agar ia mudah terapung apabila berlaku kemalangan pesawat terhempas di dalam air. Kegunaan jaket keselamatan mungkin tidak praktikal dalam situasi kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata seperti yang berlaku pada penumpang pesawat Lion Air JT 610.





Apa-apa pun, pakailah tali pinggang keledar ketika berada dalam pesawat bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan kecederaan fizikal yang lebih serius. Selebihnya, berserahlah kepada Tuhan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 03:06 PM | Show all posts
Yang bagi kenyataan sebegitu mesti sebab belum pernah rasa terbulance yang kuat atau merenjut jatuh kebawah masa masuk air pocket lagi.  Kalah dah pernah lalui situasi baru dia tahu bertapa bersyukurnya ada disediakan tali pinggang keselamatan ketika tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 03:11 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 2-11-2018 03:06 PM
Yang bagi kenyataan sebegitu mesti sebab belum pernah rasa terbulance yang kuat atau merenjut jatuh  ...

hanya yang mengalami je faham perasaan masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 05:26 PM | Show all posts
ikut jelah peraturan.. takyah nak memandai2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:09 PM | Show all posts
Truth. They want you to wear seatbelts on takeoff and landing primarily for obvious safety reasons, but also..it’s easier to identify bodies when they are still strapped to their assigned seats.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:19 PM | Show all posts
senang jer nk femes.. jd bodo..simple.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2018 06:47 AM | Show all posts
cik_sssara replied at 2-11-2018 10:09 PM
Truth. They want you to wear seatbelts on takeoff and landing primarily for obvious safety reasons,  ...

yup... sebabb tu its not advisable to change ur seat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus betul juga kan jika ada study cari cara mcm mana nak mudahkn cara pakai jaket tu.. more practical. coz plane crash ni skelip mata bukan semuanya masuk laut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
fadzilah mamat ni mesti stok hijabista kepam lembab ni
ko sapa nk persoalkan international safety standard aviation..apa kelayakan kau?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.182263 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list