Siapa sangka fesyen ‘bertudung’ menjadi pilihan seorang penyanyi hip-hop yang sedang meningkat naik di Hollywood?
Kredit foto: Vanity Fair
Malam kelmarin, penyanyi hip-hop A$AP Rocky mengejutkan pengkritik fesyen di Malam Gala LACMA Art & Filem anjuran Gucci apabila memilih untuk mengenakan skaf jenama Gucci sebagai sebahagian daripada pakaian diperagakannya.
Bintang dan fashionista lain yang turut hadir termasuklah Kim Kardashian West, Salma Hayek, Lana Del Rey , Courtney Love dan banyak lagi. Tapi, tiada seorangpun daripada mereka menandingi tumpuan terhadap Rocky pada malam itu.
Kredit foto: GQ
Dengan memakai pakaian yang ditaja Gucci sepenuhnya, Rocky mengenakan sepasang sut lengkap bersama vest dan seluar 'slack', tetapi dalam masa sama memakai skaf bermotifkan bunga-bungaan jenama Gucci yang dikatakan satu pernyataan fesyen berani mati!
Tidak cukup dengan itu, Rocky juga mengenakan kaca mata besar gelap untuk kelihatan seperti bintang klasik filem Hollywood. Walaupun tidak melampau seperti Lady Gaga, A$AP Rocky sering mengejutkan peminatnya dengan pakaian yang dikatakan ganjil seperti denim ataupun pakaian dengan warna monokrom yang mencolok mata.
Kredit foto: US Represented
Pun begitu, pakaian Rocky kali ini dikatakan terlalu buruk oleh peminatnya sendiri. Ada yang menyamakannya dengan fesyen babushka, skaf penutup kepala yang sering dipakai wanita warga emas terutamanya di Rusia.
Pilihan fesyen Rocky yang ganjil itu juga diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh peminatnya di laman Twitter.
'Ibu saya pakai begitu apabila dia nak mencuci pakaian di dobi’ kata seorang peminatnya, sementara seorang lagi menyamakan fesyen itu seperti watak Whitney Houston dalam filem The Bodyguard.
Kredit foto: Twitter
Anehnya, tidak semua pengkritik mengeji pilihan fesyen Rocky itu. Majalah fesyen terkenal lelaki, GQ sebaliknya telah meletakkan Rocky sebagai salah seorang bintang berpakaian terbaik pada malam itu.
“Hanya seorang bintang yang mampu menggayakan fesyen berani sebegini, persis seorang Pengarah dan Ratu Elizabeth menjadi satu, hanya Rocky” komen majalah itu.
Kredit foto: GQ Magazine
Nampaknya, lain padang lain belalang. Anda pula bagaimana? Apa pandangan anda dengan fesyen ASAP Rocky ini? - CARI |