Menurut netizen, pelaksanaan sistem ini akan membuatkan 'domino effect' yang sangat teruk apabila semua pelajar termasuk mereka yang mendapat kelas pertama pun terpaksa membayar balik pinjaman tersebut. Maklumlah mesti ramai yang berfikir tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh sedangkan tiada keistimewaan diperoleh, sama seperti mereka yang mendapat kelas kedua dan seterusnya.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, pelajar yang berusaha mati-matian bagi mendapatkan kelas pertama setiap semester semestinya berharap untuk mendapatkan ganjaran yang berbaloi. Jadi, jika ada segelintir individu yang merasakan hutang wajib dibayar sebenarnya perlu melihat pada konteks yang lebih besar iaitu tidak semua orang mampu menanggung kos pembelajaran yang tinggi. Jadi, menyedihkan apabila kerajaan menarik balik cadangan tersebut.
"Ya, aku tau Malaysia banyak hutang. Tapi tak cukup ke kau dah buat Tabung Harapan dan lepas tu mansuhkan semua benda. Apa guna kami struggle setiap sem? Ingat senang ke nak dapat dekan?"
Selain pemansuhan 'biasiswa', siswa dan siswi juga merasa terpukul dengan bantuan RM250 dihapuskan, perlu membayar PTPTN apabila bergaji RM1,000 ke atas, MyBrain dimansuhkan serta yuran belajar yang terus meningkat. Sudahlah untuk mendapat dekan setiap semester sangat mencabar (3.67 ke atas), kini terpaksa berdepan dengan pelbagai liku yang sungguh berduri.
Bagaimanapun, tidak semua yang terasa dengan pemansuhan ini kerana bagi mereka hutang tetap WAJIB dibayar. Jadi, janganlah dijadikan alasan cemerlang pun tetap kena bayar.
Kredit foto: Carian Internet
Tidak semua pelajar mampu meneruskan pembelajaran di menara gading. Jadi, dengan harapan apabila belajar bersungguh-sungguh, mereka akan diberi ganjaran, itu sudah cukup menggembirakan mereka terutamanya pelajar daripada keluarga yang susah. Namun, harapan semakin 'sakit' dan mungkin juga ada pelajar yang merasakan tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh kerana terpaksa membayar pinjaman pelajaran biarpun akademik cemerlang. Adakah generasi bijak pandai akan pupus akhirnya? - CARI