Gambar hotel sekadar hiasan
Cuti penggal akhir tahun persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Ramai ibu bapa yang merancang membawa anak-anak pergi bercuti dan ada yang sudah pun menempah bilik hotel. Tidak kurang juga, ada pekerja yang ingin pergi makan angin semata-mata untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Apa yang penting, rancang percutian kalian dengan sebaiknya agar ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan sedikit sebanyak dapat melepaskan tekanan di tempat kerja.
Seorang pengguna facebook telah berkongsi sesuatu yang cukup menarik di laman facebook miliknya. Dia yang pernah bekerja dalam bidang perhotelan dan ditugaskan mengemas bilik-bilik hotel sudah begitu arif tentang selok belok cara kerja yang dilakukan oleh pekerja-pekerja hotel. Apa yang dikongsi ini pasti mengejutkan ramai netizen yang pernah atau selalu menginap di hotel tidak kiralah hotel bajet mahupun hotel bertaraf lima bintang.
Sebelum meninggalkan bilik hotel, longgokkan kain cadar, selimut dan sarung bantal seperti ini.
Ramai netizen yang baru tahu
Tepat sekali, masih ramai netizen yang tidak tahu tentang penipuan yang dilakukan oleh sesetengah pekerja hotel yang ditugaskan untuk mengemas bilik-bilik hotel. Ini kerana, netizen hanya melihat bilik yang kemas sebaik sahaja masuk ke bilik hotel tanpa mengetahui kebersihan kain linen yang bakal digunakan. Jadi, netizen bolehlah mengamalkan tips yang telah dikongsi oleh wanita ini nanti.
Ada sebab pekerja tidak tukar kain linen
Nampaknya, ada netizen yang turut berkongsi cerita yang sama. Netizen yang juga bekerja sebagai pengemas bilik hotel ini mengakui yang dia kadang-kala disuruh berbuat demikian atas beberapa faktor.
Ramai yang suka kemas bilik sebelum check out
Ramai netizen yang segan untuk meninggalkan bilik hotel dalam keadaan berselerak dan mereka dengan sengaja mengemas kembali seperti keadaan asal. Rupanya ia telah memudahkan kerja pekerja hotel yang pemalas kerana tidak perlu menukar cadar, selimut dan sarung bantal yang bersih tetapi hanya perlu mengemas agar nampak seperti baru ditukar.
Tangan terkena cecair sperma?
Mengejutkan, ada netizen yang pernah melakukan praktikal di sebuah hotel dan terkena cecair sperma milik pelanggan semasa sedang mengemas bilik hotel. Cuba bayangkan jika pekerja yang mengemas bilik hotel itu tidak amanah dalam melakukan tugasnya, pasti pelanggan seterusnya yang menginap di bilik tersebut akan menggunakan kain cadar, selimut dan sarung bantal yang kotor tetapi nampak bersih pada mata kasar. Menggelikan!
Jadi, bagi anda yang akan menginap di mana-mana hotel selepas ini, bolehlah periksa dahulu kebersihan linen di dalam bilik yang akan digunakan itu supaya tidak terguna linen yang kotor. Selepas itu, bolehlah amalkan tips yang telah dikongsi ini sebelum meninggalkan bilik hotel tersebut. Apa gunanya membayar harga sebuah bilik hotel tetapi mendapat servis yang tidak memuaskan. Setuju tak? - CARI |