Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita yang begitu gemar dengan masakan Melayu selera kampung walaupun rata-rata sudah berhijrah dan tinggal di bandar. Yang menariknya, masakan kampung amat mudah didapati kerana kita tidak perlu pulang ke kampung semata-mata untuk menikmatinya kerana ia turut terdapat di bandar-bandar besar.
Tetapi, adakah rasa masakan tersebut begitu sama dan sesedap air tangan yang dimasak oleh golongan tua yang tinggal di kampung dan mewarisi resepi daripada ibu dan nenek moyang mereka?
Gambar sekadar hiasan
Rhys, seorang lelaki warga Britain yang sudah lama menetap di Malaysia dan sangat menyukai budaya dan masakan Melayu. Dia telah memuat naik satu status di akaun twitternya dan memuji masakan yang dimasak oleh golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang memasak di kampung mengikut resepi turun temurun mereka.
Menurut pandangannya, masakan selera kampung yang dimasak oleh mereka tidak dapat ditandingi oleh chef-chef selebriti yang ada di negara ini.
Rhys dah rasa semua masakan chef ke?
Bagaimanapun, ada netizen yang merasakan Rhys masih belum betul-betul merasai masakan yang dimasak-masak oleh chef-chef terkenal di negara ini yang dianggap pakar dalam pelbagai jenis masakan. Tetapi menurut Rhys, dia sudah banyak menjelajah ke seluruh Malaysia dan mencuba masakan daripada ramai tukang masak dan dia sangat pasti yang masakan daripada orang yang tinggal di kampung lebih menyelerakan dan rasanya sangat asli.
Netizen pun setuju masakan orang kampung lagi sedap!
Ramai netizen yang bersetuju dengan status yang dikongsi kerana air tangan orang kampung memang tidak sama dengan chef-chef selebriti yang memasak mengikut resepi yang sesetengahnya sudah diolah mengikut citarasa sendiri.
Orang sekarang masak nak cepat
Malah, orang zaman sekarang lebih suka memasak menggunakan peralatan masakan seperti periuk yang moden dan menggunakan bahan masakan segera yang lebih cepat dan senang diperoleh. Sudah tentu ia tidak sama dengan masakan yang dimasak oleh orang lama yang tinggal di kampung.
Jemput datang rumah untuk rasa masakan
Untung Rhys, ada beberapa orang netizen yang sudi menjemput Rhys ke rumah untuk merasa masakannya dan ada yang ingin membungkus masakan ibunya yang dikatakan sangat sedap. Nanti bolehlah Rhys komen sedap ke tidak masakan mereka.
Apa-apa pun, ia tetap bergantung kepada citarasa masing-masing. Bagi sesetengah orang, masakan chef-chef selebriti sudah cukup sedap kerana mereka juga mempunyai resepi tersendiri dan ada yang lebih sukakan air tangan pakcik dan makcik yang tinggal di kampung kerana rasanya lebih asli. Kalian suka yang mana? - CARI |