Sebut sahaja mengenai Samyang, semua pasti sudah tahu apakah ia. Sejenis mi segera atau ramen yang popular dari Korea Selatan. Populariti Samyang ini dikuatkan lagi dengan demam K-Pop yang melanda anak muda merentasi benua.
Lantaran itu, remaja khususnya terikut-ikut gaya hidup penduduk Korea yang gemar menikmati sajian ramen.
kredit foto : hancinema. net
Samyang yang popular dengan kepedasannya, sangat digemari ramai termasuklah masyarakat di Malaysia, sehinggakan banyak syarikat pengeluar mi segera tempatan di Malaysia berusaha menandingi Samyang dengan mengeluarkan produk mi segera pedas.
Kredit foto : elevenia.co.id
Namun, tahukah anda asal-usul pembuatan Samyang? Jom baca secara ringkas cerita di sebalik tabir ramen sedap ini.
Syarikat Samyang Food ditubuhkan oleh Jeon Jung Yoon sejak tahun 1961 lagi. Syarikat inilah yang menghasilkan mi segera Korea yang pertama pada tahun 1963. Pada waktu itu, negara Korea mengalami masalah kekurangan stok makanan, maka mi segera merupakan penyelamat mereka yang kebuluran. Justeru, mi segera menjadi makanan ruji yang kedua di Korea. Maka, tidak hairanlah sehingga hari ini rakyat Korea tidak henti-henti makan ramen.
Ilham pembuatan mi segera ini tercetusnya apabila pengasasnya melawat ke negara Jepun. Mi ramen telah pun wujud di Jepun pada ketika itu. Hasil bantuan daripada kementerian, beliau berjaya membeli teknologi mesin untuk menghasilkan mi segera ini.
Inilah mi ramen yang pertama sekali dihasilkan. Mi pertama adalah mi perisa sup ayam. Ketika itu, mi pedas belum lagi diwujudkan. Idea untuk menghasilkan mi pedas hanya tercetus apabila sajian ayam pedas tiba-tiba menjadi popular di Korea.
Mi ramen yang pertama oleh Samyang Food (Kredit foto : samyangfood. com)
Samyang Food bukan sahaja menghasilkan mi ramen. Ia juga memiliki Samyang Farm; sebuah ladang ternakan lembu yang dijaga dengan baik bagi menghasilkan produk tenusu yang berkualiti untuk dijual.
Jeju Milk merupakan produk tenusu Syarikat Samyang (Kredit foto : samyangfood.com)
Samyang Farm terletak di Daegwallyeong (Kredit foto : samyangfood. com)
Samyang Food telah mendapat tiga jenis sijil dan antaranya ialah sijil halal. Sijil ini dipamerkan sendiri oleh Samyang Food di laman sesawangnya.
Kredit foto : samyangfood.com
Mi segera Samyang halal kini boleh didapati dalam pelbagai perisa. Antaranya perisa pedas original, kari, keju, karbonara, stu, jjajang dan mala. Setiap perisa mempunyai keunikan tersendiri.
Enam jenis perisa samyang (Kredit foto : ebay)
Begitulah serba sedikit mengenai samyang ramen kegemaran anda semua. Bagaimana? Perisa samyang yang mana satu yang anda paling suka?
Jom saksikan video Spicy Samyang Challenge di bawah!
Lepas ini, bolehlah challenge makan samyang dengan kawan-kawan. - CARI |