Tidak lama dahulu, sebuah pertandingan model lelaki dinamakan Mr. Cute Sabah telah berlangsung di mana gambar-gambar peserta yang telah dimuat naik di Facebook telah menjadi bahan lawak jenaka warga internet. Akhirnya, pertandingan itu berjaya menobatkan pemenangnya baru-baru ini.
Selesai pertandingan Mr. Cute Sabah 2018, kini bakal berlangsung Mr. Macho Man 2018 yang bakal diadakan di Kuching Sarawak. Menurut laman Facebook , pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat di kalangan pemuda untuk diketengahkan sebagai model.
Beberapa sesi fotografi telah dimuat naik di laman Facebook tersebut.
Antaranya lengkap dengan pakaian moden dan pakaian kampung (sawah padi). Malangnya, pengurus fotografi yang tidak peka dalam pemilihan peralatan dan kegagalan peserta untuk menampilkan pose yang baik telah sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen.
Antara kegagalan dan komen fotografi di atas :
"Kenapa cabut padi pula, sedangkan baru ditanam?"
"Menjemur kain, tetapi kenapa waktu petang'?
Kredit foto: Facebook
"Benjolan pada kain, mengundang persepsi lain"
Kredit foto: Facebook
"Rong Sia ini untuk perempuan, lelaki ada topi khas lain, sila buat penyelidikan dahulu".
Kredit foto: Facebook
"enggunaan prop yang tidak tepat, sabit untuk memotong sedangkan latar sawah musim menanam"
Kredit foto: Facebook
"Jaga-jaga bang, ikan jalak masuk dalam boxer"
Kredit foto: Facebook
"Topi ini lebih sesuai dipakai di kepala"
Kredit foto: Facebook
"Tak pasti menangkap ikan atau buat apa dengan prop ini'
"Gambar kena sabotaj ke, lebih gelap dari yang lain?"
Kredit foto: Facebook
Sebenarnya, kalau dilihat komen-komen netizen, walaupun terdapat antara mereka yang membuat lawak atau sengaja body-shaming peserta tersebut, ada juga yang bolah dipakai dan diberikan perhatian, terutamanya kesalahan dari segi props.
Semoga peserta-pesarta tidak terasa dengan komen-komen pedas seperti ini dan diharap pengarah fotografi boleh membuat penyelidikan sebelum memakai sesebuah prop, jangan main tangkap muat sahaja. -CARI
|