View: 3374|Reply: 18
|
Dipenjara 5 Tahun Kerana Bawa Senjata Buku Lima Ke Tempat Kerja Isteri
[Copy link]
|
|
Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun mulai tarikh tangkapan selepas didapati membawa senjata buku lima ke tempat kerja isterinya, minggu lepas.
Memetik BERNAMA, Mohd Husin Ujang, 45, mengaku bersalah di hadapan hakim Rohatul Akmar Abdullah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Mengikut fakta kes, Mohd Husin membawa senjata itu di ruang legar Pejabat Pentadbiran Kanan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jam 8.50 pagi pada 13 November lalu.
Tertuduh didakwa meninggikan suara ketika berada di ruang legar pejabat dan meminta isterinya mengambil cuti.
Difahamkan, isteri tertuduh ternampak suaminya memegang buku lima di tangan kanannya.
Malah, Mohd Husin mengugut rakan sekerja isterinya supaya meminta beliau berjumpa dengannya di luar pagar pejabat itu sebelum wanita berkenaan membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada hari sama.
Tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.
Terdahulu, Mohd Husin yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan menuntut di kolej. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan buku utang 555 |
|
|
|
|
|
|
|
apa tuh senjata buku 5? |
|
|
|
|
|
|
|
Set2 kuli sotong memang macam tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada cuti panjang tapi nak sambung cuti atau cuti sekolah yang panjang mulalah mak pak berebut bertekak masam muka gigih melobi sebab masing2 nak cuti pada tarikh yang sama. Jadi tak heran kalau ada yang sanggup bertindak sampai sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Buku lima ni pakai kat tgn, masukkan jari kat lubang2 tu, skali bila menumbuk mmg padu la kena dgn tajam2 kat ats tu.
Malu betul dapat laki samseng camni. Sampai ke tempat keje wife pun nak bw samseng dia |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni sis..orang pakai kat jari..so kalau pakai ni then kasi penumbok kat muka boleh pecah la itu muka..hihi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dah ada keje elok2... tetiba muncul hero filem tamil depan ofis. pakcik o pakcik |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk: apa tuh senjata buku 5?
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki tunjuk samseng tak kena tempat. Bini juga yg dapat malu dengan kawan2 sekerja.
Biasanya ini spesis laki tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena tangkap nak rayu kata ada anak bagai....harkkkthuiii...yg ko ajak isteri balik sesuka hati dah kenapa, nak ajak layan nafsu setan ko ker, jantan tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
apooo lah punya perangai mcm ni... org baran mcm ni sampai ketuo di bw nya... haissshhhh sian anak bini... mcm mn la kat rmh... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita?
Mohd Husin mengugut rakan sekerja isterinya supaya meminta beliau berjumpa dengannya di luar pagar pejabat
Apa kena rakan sekerja bini yg dia suruh jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes bini tanak keluar kot lantas dia pun ugut kawan opis bini supaya bini keluar...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 23-11-2018 11:41 PM
ni kes bini tanak keluar kot lantas dia pun ugut kawan opis bini supaya bini keluar...
Mendapatlah 5 tahun eloklah. Dulu macam law of the jungle. Sesuka hati boleh buat. Now eloklah polis penguatkuasa berkeras enforce law |
|
|
|
|
|
|
|
aku gelak je baca part dia ugut kawan opis bini... menda yang paling bodo weih... ugut bini boleh lagi pujuk jangan report... hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 24-11-2018 04:01 AM
aku gelak je baca part dia ugut kawan opis bini... menda yang paling bodo weih... ugut bini boleh ...
Kena buku ngan ruas. Eloklah |
|
|
|
|
|
|
| |
|