Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman mendapat pujian netizen apabila dia dan suaminya menawarkan diri untuk membantu menanggung kos rawatan dua beradik yang menghidapi sakit kulit yang serius.
Kisah derita yang ditanggung oleh dua beradik, Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy tular di media sosial baru-baru ini berjaya mendapat perhatian Eina yang seterusnya berusaha untuk menghubungi ibu kepada adik beradik tersebut.
Semalam, Eina telah memuat naik gambar bersama dengan keluarga tersebut sambil berkongsi perkembangan terkini mengenai penyakit dua beradik tersebut.
"Atas permintaan ramai yang minta Eina share tentang keluarga Kak Nurul (ibu kanak-kanak tersebut)," tulis Eina di ruangan kapsyen.
Foto: Instagram Eina Azman
Boleh pulih tetapi mengambil masa..
Foto: Instagram Eina Azman
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
Foto : Instagram Eina Azman
Usaha Eina dan suaminya untuk membantu keluarga ini benar-benar menyentuh hati netizen yang rata-rata memuji kebaikan hati pasangan ini.
Artis contoh yang berhati mulia..
Foto: Instagram Eina Azman
Sikap Eina ini wajar dicontohi oleh semua dan layak mendapat pujian. Semoga rezeki Eina sekeluarga semakin bertambah. -CARI |