CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21876|Reply: 121

Datuk Seri Vida Bagi Harapan Palsu? Mangsa Simbah Asid Tuntut Janji

[Copy link]
Post time 23-11-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode


Macam-macam betul cerita yang keluar mengenai Datuk Seri Vida sejak kebelakangan ini, daripada pemenang Gegar Vaganza yang menuntut hadiah kemenangan mereka sehingga pengacara Nabil yang membuka rahsia bahawa usahawan terkenal itu mempunyai hutan sebanyak RM30,000 yang masik belum dilunaskan lagi.


Menurut Harian Metro, seorang gadis yang menjadi mangsa simbah asid oleh bapanya pada dua tahun lalu telah tampil dan menceritakan tentang janji Dato' Vida untuk menanggung kos rawatan pembedahan plastiknya sebanyak RM100,000. Pun begitu, setelah dua tahun berlalu tiada langsung khabar berita daripada usahawan kosmetik tersebut.


"Jika tidak boleh jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya," luah mangsa.



Kredit foto: Harian Metro



Kredit foto: Twitter



Nurul Dahyatul yang termakan janji usahawan itu bahkan telah menjalankan pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah selain mendapatkan nasihat daripada seorang perunding pembedahan plastik di Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur. Pun begitu pihak berkenaan tidak membuat susulan dan meninggalakan mangsa tertanya-tanya dengan status rawatannya.


Bukan itu sahaja, kerajaan negeri yang turut berjanji ingin memberi bantuan pada ketika itu turut senyap tanpa sebarang perkhabaran.



Kredit foto: Harian Metro



Berat juga dugaan yang dihadapi oleh Nurul Dahyatul kerana dia tidak tahan mengalami masalah gatal-gatal pada muka ketika berpeluh selain kedua-dua lubang hidungnya yang mengecut lantas menyukarkan dia untuk bernafas.


"Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling." tambahnya lagi.


Rata-rata netizen memang marah dengan tindakan Dato' Seri Vida ini yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menuduh hanya berjanji untuk publisiti sahaja. Ada juga diantara mereka yang mencadangkan orang ramai agar membantu Nurul Dahyatul walaupun dengan hanya menderma seringgit sahaja.


Semoga Nurul Dahyatul mendapat keadilan dan mendapat bantuan untuk meneruskan rawatan yang sepatutnya. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kalau niat ikhlas nak membantu tak ada nya disuruh mangsa n budak kecik pegang produk2 bodo dia tu utk photographer ambil gambar........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mempergunakan mangsa. Dan2 letak botol pamoga suh mangsa pegang. Sama dgn bende yg dia buat pada elyana
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:53 AM | Show all posts
dato vida2x.. hurmm

moga ada la org lain yang sudi bagi bantuan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:55 AM | Show all posts
ala.... ibarat janji manifesto bukan kitab suci pun x ditunaikan.  apalah sgt janji2 penjual produk timbang kilo ni klu dibandingkn dgn janji mansuh tol & turunkn harga minyak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 23-11-2018 10:49 AM
Org kalau niat ikhlas nak membantu tak ada nya disuruh mangsa n budak kecik pegang produk2 bodo dia  ...

semoga bisnes die melingkup.... bila nak insaf ntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bidah tu dah sah la amek kesempatan free promotion..yang kerjaaan negeri pun dah kenapa sengap jer..kesian la bagi harapan kat orang..jahat yakmat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:21 AM | Show all posts
Cantik senyuman dia. Harap ada orang yang sudi tolong dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 11:34 AM | Show all posts
jangan hadap sangat janji manusia

kalau setakat janji masjid dipersilakan masuk tong sampah jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik mata dia and raut wajah dia walaupun kulit dah teruk terjejas. Mohon mereput la pihak2 yang  golongan mcm ni bagi harapan palsu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:59 AM | Show all posts
missDollie replied at 23-11-2018 11:06 AM
Bidah tu dah sah la amek kesempatan free promotion..yang kerjaaan negeri pun dah kenapa sengap jer.. ...

kerajaan negeri yg dulu dah tumbang...janji dicapati.

harapnya kerajaan negeri yg skrg boleh tolong wpun bukan mereka yg berjanji
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejatuhan tuhan melayubyang ke berapa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 23-11-2018 10:56 AM
semoga bisnes die melingkup.... bila nak insaf ntah

Iols tak paham masih ada ummah tak celik yg tetap togok pamoga dan qu puteh tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:16 PM | Show all posts
kesian nya ramia kena tipu dengan DSV lately.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:22 PM | Show all posts
sah2 ler si bedah tu just nk promo produk naharom dia tu..kalu x asal si elyana pun disuruhnya minum pamoga kononnya leh sembuhkan kanser?

btw aku penah minum skali je pamoga ni sbab mak aku terpengaruh kat iklan smpai meratib soh aku beli je..last2 aku try sesudu je rasa nauzubillah xsedap xde rasa delima langsung rasa air gamat leh x..sedap lagi air gulsan terang2 pati delima tapi pamoga bodo ni claim diperbuat dari delima morocco siap bedah ni ade ladang delima kat sana..like hell ade la rasa..yang mak aku minum xhabis sebotol kaki tetiba denyut2 last2 bwak g spital doc soh banyakkn minum air n rentikan minum pamoga jadah tu..yihhh sgat
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 23-11-2018 12:07 PM
Iols tak paham masih ada ummah tak celik yg tetap togok pamoga dan qu puteh tu

mmg haram trus produk merapu byk gula... nak kasi sihat kekonon....
dgn klaim pemakanan sunnah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bidah ni pantang betol terus aja buat promosi gitu. Tak baik tau. Kalau kau ikhlas tolong mesti tak suruh budak tu pegang. Then laju aja ko suruh PA kau buat keje. Ni tak..
Cuba tgk datin eina azman tu.. Terus aja bantuan disalurkan. Cmnela org tak menghentam ko. Bsnes makin melingkup..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sat lagi acik gundu konar lagi katanya ehsan saya, suka hati sayala
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.  Ini lah contoh org kaya yg zalim.
Dah la org tu phisically hurt.  Kau tambah lagi luka pada emosinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 23-11-2018 11:56 AM
Cantik mata dia and raut wajah dia walaupun kulit dah teruk terjejas. Mohon mereput la pihak2 yang   ...

Gigi tersusun elok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067363 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list