"Untuk makluman anda, poster dan pengiklanan tersebut dibuat syarikat label, bukan saya yang buat."
Enggan membiarkan tuduhan terhadap dirinya berpanjangan, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan.
Menerusi salah satu kemas kininya, Aliff, 31, menepis dakwaan netizen kononnya kulit album bagi single terbarunya, Biar Apa Orang Kata meniru konsep album Justin Bieber.
Tak nampak ke perbezaan tu?
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memberi pelbagai reaksi berbeza. Rata-rata menyebelahinya dan meminta usahawan terkenal itu supaya bersabar.
Tak penat ke timbang dosa orang?
Pun begitu, segelintir pihak tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan Aliff. Menurut mereka, Aliff seolah-olah bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak lain berhubung rekaan poster lagu ciptaan komposer Edry Abdul Halim itu.
Kemon, bila kena macam ni mulalah tolak-tolak...
Kredit foto: IG Aliff Syukri
Anda pula di pihak mana? - CARI |