CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 7

Tradisi Perkahwinan Masyarakat Korea Penuh Simbolik!

[Copy link]
Post time 27-11-2018 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Setiap bangsa punya tradisi perkahwinan yang tersendiri dan berbeza-beza. Bagi penggemar drama Korea, anda pasti dapat membayangkan suasana ketika majlis perkahwinan tradisional masyarakat Korea bukan? Meriah dan ceria suasana tersebut dengan pakaian yang berwarna-warni.


Walaupun pengaruh barat mula menggantikan majlis tradisional mereka, namun masih ramai yang memilih majlis perkahwinan cara tradisional kerana keunikan dan nilai yang ada di dalamnya.



Jom kita singkap sedikit sebanyak mengenai perkahwinan tradisional masyarakat Korea!



Kredit foto uinfonice.blogspot.com




Perkahwinan dalam masyarakat Korea merupakan penyatuan dua buah keluarga dan bukan hanya penyatuan 2 individu.Setiap perincian dalam upacara majlis perkahwinan masyarakat Korea punya makna di sebaliknya. Bermula dengan persalinan, aksesori, posisi, makanan, malah tunduk hormat dan upacara minum.



Pasangan pengantin memakai persalinan tradisional mereka yang dipanggil 'hanbok' yang berwarna terang dan ceria, ringkas dan tidak berpoket.
[size=1.00em]


Kredit foto : sonjjang-hanbok.com



Kredit foto : sonjjang-hanbok.com




Pengantin lelaki akan mempersembahkan sepasang angsa liar kepada ibu mertuanya dan tunduk hormat dua kali sebelum ibu mertuanya mengambil dan membawa masuk angsa tersebut ke dalam rumah. Angsa liar membawa maksud keharmonian dan cinta pasangan.


Oleh kerana angsa antara haiwan yang punya hanya 1 pasangan sepanjang hayat mereka, dengan memberikan angsa tersebut seolah-olah janji daripada pengantin lelaki kepada ibu mertuanya untuk mencintai dan menyayangi anaknya sahaja dan tidak akan mencari pengganti yang lain buat selama-lamanya. Wah, simbolik betul!



Tapi masyarakat Korea sekarang dah gunakan angsa ukiran kayu untuk menggantikan angsa liar.



kredit foto : en.theoutlook.com.ua




Kredit foto : lovedevani.com



Upacara diteruskan dengan acara tunduk hormat pasangan pengantin. Pengantin perempuan akan berdiri di bahagian barat meja makan,manakala pengantin lelaki di bahagian timur.


Pengantin perempuan akan tunduk 2 kali, kemudian pengantin lelaki akan tunduk 1 kali. Pengantin perempuan tunduk lagi 2 kali dan akhir sekali pengantin lelaki akan tunduk dan melutut 1 kali.


Upacara tunduk hormat ini melambangkan janji komitmen pasangan pengantin antara satu sama lain.


Pasangan pengantin kemudiannya akan tunduk hormat pada ibu bapa pengantin lelaki, duduk mengadap mereka dan minum bersama. Upacara perkahwinan mereka agak singkat dan tidak mengambil masa yang lama.
[size=1.00em]


Kredit foto : weddings.maicamera.com





Kredit foto : weddings.maicamera.com



[size=1.00em]

Jangan lupa bawa sampul putih berisi wang tunai kalau anda menghadiri majlis mereka! Nilai di dalamnya bergantung pada keakraban hubungan anda dengan mereka. Makin akrab, makin banyak! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis kpop kawin mcm ni jgk ke...msti hsome n gojes kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:39 PM | Show all posts
Seronok dapat lihat budaya yang berbeza macam ni.  Kalau gi Folk Village setiap hari ada je mereka tunjuk kan upacara perkahwinan cam ni untuk tourist.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka hanbok neh.tp masa iols nak sewa hanbok dolu..senteng bebenor
Alahai..
Iols sangat sangat terkilan okeh....
Boleh penyewa costume tu ckp sebab iols tinggi sgt..jilaka
Bukan org korea tinggi tinggi ka iols tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:46 PM | Show all posts
biasa pakaian cmni akak tengok orang korea pakai masa nak lari dari istana sebab perang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 02:31 PM | Show all posts


Elok belajar budaya orang lain dari asyik nak bergaduh, merusuh aje....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau drama korea aku lbh suka tgk yg belakon ala2 dlm zaman dulu banding drama dlm zaman moden.. Suka tgk pakaian laki n pompuan yg pakai zaman tu.. Lps tu budaya n brg2 yg digunakn plk pelik tp menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 09:36 AM | Show all posts
mek ade soklan, kain tu byak lapiskah?
panas x??

sekian dr mek yg x pnh try pakai baju korea...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.222592 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list