Dr Amalina Bakri Che Bakri adalah antara individu yang masih berusaha untuk mendidik minda rakyat Malaysia yang mempercayai produk-produk suplemen tempatan yang kebanyakannya mengarut dan mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Walaupun pernah dikecam teruk dengan pengasas-pengasas produk dan netizen, dia masih mampu memekakkan telinga dan membalasnya dengan fakta yang benar mengikut ilmu sains dan perubatan yang dimilikinya. Benarlah, ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tanggung jawab yang begitu mencabar.
Kredit foto: dramalinabakri (Instagram)
Dr.Amalina telah memuat naik status di twitternya dan mengecam sebuah portal hiburan yang seakan menyokong saranan netizen agar dia mengamalkan ubat tinggi. Ini kerana, ada netizen yang tidak senang melihat Dr.Amalina berdiri dan bergambar bersama teman lelakinya yang jauh lebih tinggi daripadanya.
Patutlah masih ramai netizen tertipu
Dr.Amalina melahirkan rasa kesal dengan tajuk dan intipati yang dikeluarkan oleh portal hiburan tersebut kerana mengeluarkan artikel picisan sebegitu. Malah, tidak hairanlah masih ramai yang tertipu dengan produk-produk sampah seperti ubat tinggi dan sebagainya disebabkan ada pengamal media yang menyokong.
Ukuran tinggi Dr. Amalina adalah 5 kaki 3 inci (160 cm) manakala teman lelakinya ialah 6 kaki 4 inci (193 cm) dan ketinggiannya dianggap normal bagi wanita Asia. Ia tidaklah terlalu rendah seperti yang dilihat oleh para netizen.
Netizen kecam editor portal hiburan
Netizen turut memberi komen pada status Dr.Amalina dan mengutuk wartawan dan editor portal hiburan tersebut yang tidak sensitif dengan isu produk kesihatan yang tular di negara ini. Tajuk yang dikeluarkan itu mungkin hanya untuk menarik perhatian pembaca tetapi ia sememangnya tidak beretika dan boleh mengelirukan orang ramai.
Dr. Amalina yang juga terkenal dengan jolokan doktor selebriti ini kerap berkongsi foto bersama teman lelakinya di laman Instagramnya. Dia nampaknya sedang bahagia dan begitu selesa memilih jejaka Inggeris berkulit putih itu sebagai teman lelakinya. Semoga hubungan mereka berkekalan dan berakhir dengan ikatan perkahwinan.- CARI |