Kebakaran hutan yang mematikan di California telah memaksa ratusan ribu penduduk untuk berpindah, termasuk beberapa selebriti yang telah kehilangan rumah mereka akibat kecelakaan itu.
Neil Young, Robin Thicke, Gerard Butler dan Miley Cyrus adalah antara selebriti yang rumah mereka telah musnah akibat dari kebakaran Woolsey yang mengamuk di utara Los Angeles di Southern California, yang dipaparkan menerusi akaun Twitter masing-masing.
Butler memuatnaik gambar di Twitter mengenai peninggalan barang-barang yang telah hangus terbakar di rumahnya di Malibu dan mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba di atas keberanian mereka.
Kredit Foto: CNN
Cyrus pula berkata di Twitter bahawa dia benar-benar kecewa dengan kebakaran yang berlaku di komunitinya.
"Saya adalah salah seorang yang bertuah, binatang peliharaan dan orang tersayang selamat dan itulah yang penting sekarang. Rumah saya tidak lagi berdiri tetapi kenangan yang dikongsi bersama dengan keluarga dan kawan-kawan tetap berdiri teguh. Saya mengucapkan terima kasih dan syukur kepada anggota bomba dan jabatan Sheriff negara LA! "
Kredit Foto: CNN
Young menerusi laman internet telah menyalahkan perubahan iklim dan berkata, "Saya telah kehilangan rumah saya pada kebakaran sebelum ini dan kali ini ia berlaku lagi di California."
Kebakaran api Woolsey adalah salah satu daripada tiga kebakaran besar yang membakar California. Sehingga malam Ahad (11 Nov), api telah menyebar ke 85,500 ekar dan hanya terdapat 15% kawasan yang terselamat. Dengan kebakaran Hill yang lebih kecil, yang meliputi 4,531 ekar, kebakaran Woolsey setakat ini telah menghancurkan 179 struktur, tetapi pegawai bomba mengatakan 57,000 lagi terancam.
Api ketiga, kebakaran Camp Utara California, adalah paling banyak mengorbankan nyawa dan harta benda yang tercatat dalam sejarah negara dan salah satu yang paling dahsyat. Kebakaran itu hampir membakar bandar Paradise, memusnahkan ribuan rumah dan struktur. Sebanyak 228 orang masih hilang dan sekurang-kurangnya 31 orang telah mati dalam kebakaran.
"Tidak normal! Ini bukan perkara biasa yang baru, ini adalah tidak normal." kata Gov. Jerry Brown mengenai peranan perubahan iklim dalam memacu kebakaran tersebut. "Ayam-ayam telah pulang ke rumah untuk berehat, ini benar -benar berlaku” merujuk kepada kebakaran tersebut.
Data statistik terkini sehingga pagi Isnin, 12 Nov.
Kredit Foto : CNN, mereka yang berada di zon Mandatori diberi amaran supaya meninggalkan kawasan itu dan mendapatkan bantuan dari para bomba
Kredit Foto : CNN, Roger Bloxberg dan isterinya, Anne berpelukan sambil melihat kebakaran hutan diatas puncak bukit Los Angeles pada 9 Nov.
Kredit Foto: CNN, kebakaran Camp memusnahkan kawasan bukit berhampiran Big Bend pada 10 Nov.
Kredit Foto: CNN, ahli bomba memadamkan api pada pokok Palma di Malibu pada 9 Nov.
Ketua bomba Los Angeles County Daryl Osby menyokong sentimen Brown, mencatat betapa cepatnya kemusnahan kebakaran yang merebak di seluruh negeri.
Bahagian selatan negara itu sebelum ini adalah tempat mereka bergantung untuk mendapat bantuan jika berlaku kebakaran akan tetapi hal itu tidak lagi berlaku.
"Dan seperti yang ditunjukkan oleh Kebakaran Camp di Northern California adalah lebih besar daripada ini, lebih banyak struktur telah hilang, lebih banyak nyawa telah terkorban. Dari keadaan di seluruh negara sekarang bahawa kita berada dalam perubahan iklim dan bukti ini akan berada di sini untuk masa hadapan, "kata Osby.
Pada hari Ahad sebelum itu, para ahli bomba menghadapi serangan angin kuat atau dipanggil ' Angin Syaitan' di sepanjang Lebuhraya Pantai Pasifik antara Malibu dan Bell Canyon di Ventura County.
Kredit Foto CNN, kelihatan asap besar dan tebal diiringi angin yang kuat di Malibu pada 9 Nov.
Kredit Foto : CNN, kebakaran Woolsey yang berlaku di Malibu. Komuniti ini terkenal dengan kediaman tepi pantai selebriti terkenal.
Kredit Foto NN, ahli Bomba sedang memerhati asap tebal di Malibu pada 11 Nov.
Kredit Foto : CNN, sebuah kenderaan melalui asap tebal berhampiran Pulga, Ahad, 10 Nov.
“Keadaan yang tidak diingini dijangka akan berterusan dan mengancam akan berlakunya kebakaran baru yang boleh menjangkau garis-garis perlindungan.” kata Osby.
Walaupun kemarau telah dilihat semakin berkurang, ia masih di dalam lingkungan tidak normal, menurut ahli meteorologi CNN, Taylor Ward. Lebih teruk lagi, kemarau telah meninggalkan banyak tumbuh-tumbuhan kering yang boleh menyebabkan kebakaran lagi mudah merebak ke kawasan sekitar. - CARI
Kredit FotoNN, asap tebal dari kebakaran kelihatan dari atas helikopter di Malibu pada 10 Nov.
Kredit foto: CNN, imej satelit daripada NASA menunjukkan kebakaran Camp di Utara California.
Kredit foto: CNN, matahari terbit di atas Lautan Pasifik dimana kebakaran Woolsey berlaku di Malibu pada 11 Nov.
Kredit foto: CNN, sebuah pesawat menjatuhkan bahan kimia kalis api di kawasan bukit Malibu pada 11 Nov.
|