CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 11

Kisah Urban Legend, Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-12-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda pernah berkunjung ke Pulau Pinang, pasti akan melalui Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan yang mempunyai jarak hampir 13.5 kilometer itu menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.


Jikalau anda merupakan penduduk tetap Pulau tersebut pasti anda pernah mendengar kisah seram klasik berkenaan jambatan tersebut.


Gambar sekadar hiasan



Kisah mengenai mistik tiang jambatan yang ke 56 sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulau Pinang.


Diceritakan bahawa pada zaman80 an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang sehingga hampir tidak masuk akal yang membantutkan proses pembinaan.


Sehinggakan pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi pawang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.


Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua Jin tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut. Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan darah manusia sebagai santapan malam purnama, barulah proses pembinaan berjalan lancar.


Selain itu, dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang mati ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan buaya putih tersebut.


Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling puaka? Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut. Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain. Namun, pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangsanya menjadi kisah seram yang tidak terungkai hingga ke hari ini.


Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan. Hampir 20 nelayan mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam laut sebesar padang bola sepak ketika melalui kawasan tersebut.


Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.



Gambar sekadar hiasan

ika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 di jambatan pulau pinang, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira - kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan. Nak lebih mencabar, bacalah mantera ini jika ingin berjumpa dengan nenek tua tersebut.


Kalam sakti aro bangsawa,
Niang merilik sawo metera,
Ayo sekalian alam tunduk,
Tuanmun bitok jelma,
Serahlah jiwo, serahlah segala,
Salam meliling tuan aro.


Siapakah wanita tua yang digambarkan itu? terus kekal menjadi misteri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
haduh, terkojot scroll2 gmbar nenek tu kluar... pasni lalu jembatan terbayang sheol menyedut2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:23 PM | Show all posts
Takut plak baca mentera tu dan tertengok nenek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:57 PM | Show all posts
dari kecik sampai skang selalu pegi pineng.. selain tau berita pasal orang selalu bunuh diri. baru tau ada pulak berita yg lagi seram rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi siap ada mantera
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 04:13 PM | Show all posts
ngeri gambar nenek tua tu weyhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat kena kira satu satu tiang tu.
Cerita pasal nenek, dekat kolej aku ada nenek puaka.  Setiap kali ada pelajar junior masuk, mesti dia akan masuk dalam mimpi salah sorang pelajar, merayu supaya bawak nenek ni dalam kawasan kolej. Yang seram, mimpi tu seminggu sebelum pelajar pelajar daftar diri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm mmg jambatan ni penuh misteri... Tp adik aku selamba ja bermalam fishing it situ sorang2.. makan nti tekong hantarkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: Mmm mmg jambatan ni penuh misteri... Tp adik aku selamba ja bermalam fishing it situ sorang2.. makan nti tekong hantarkan..

Tekong tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 12:45 AM | Show all posts

nelayan yg ada bot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 5-12-2018 12:45 AM
nelayan yg ada bot

Hahaha okay thanks. I ingatkan typo or short form.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun ngok tul ltk gmbr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.210616 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list