Nampaknya perang dingin masih tercetus antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pelakon lucah yang pernah berskandal dengannya, Stormy Daniels. Perang itu kini berlanjutan di Twitter.
Kredit Foto: New York Post
Seperti yang diketahui umum, peguam Trump, Michael Cohen telah membayar wang tutup mulut sebanyak USD 130,000 (RM540,000) kepada Stormy Daniels semasa musim kempen pilihanraya presidan pada 2016 yang dimenangi oleh Trump. Susulan itu, Michael Cohen telah didakwa di mahkamah atas kesalahan penipuan kewangan.
Kredit Foto: CNN
Dalam pembelaannya, Cohen mengesahkan penglibatan Trump, tetapi dinafikan oleh Presiden AS itu. Trump juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan di twitter yang menghina Stormy Daniels. Stormy kemudiannya menfailkan saman malu kepada Trump . Walau bagaimanapun, dalam penghakimannya minggu ini, hakim telah menolak saman malu Stormy dengan alasan kebebasan bersuara Trump.
Gembira dengan keputusan mahkamah itu, Trump telah merayakan kemenangannya dengan memangil Stormy si 'muka kuda'.
Kredit Foto: Twitter
Tidak menunggu lama, Stormy kemudiannya membalas penghinaan Trump dengan memanggilnya si 'pedang kontot' merujuk kepada bentuk dan saiz kemaluan Trump. Tidak cukup dengan itu, Stormy juga memperlekehkan kesalahan tatabahasa Trump.
Kredit Foto: Twitter
Reputasi Trump sebagai pemimpin yang sering menyerang raut wajah wanita sudah diketahui sejak dulu lagi. Ketika beberapa orang wanita menuduhnya melakukan gangguan seks, Trump berkata 'wanita-wanita itu terlalu hodoh untuk dikaitkan dengannya'. Dalam beberapa temubual dengan The New York Times, Trump mengatakan pengundi akan menjauhkan diri daripada wanita yang gemuk dan hodoh . Merujuk kepada Hillary Clinton, beliau menghina wanita kerana terlalu lama membuang masa di tandas.
Kredit Foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter
Mempertahankan dirinya, Stormy berkata beliau tidak kisah dipanggil 'sundal' atau 'pelacur'. Dan dia bangga dengan kerjayanya sebagai pelakon filem lucah. Nampaknya buku telah bertemu dengan ruas kali ini, Trump berjumpa lawan yang sama celupar. - CARI |