Walaupun baru sahaja bersiaran tahun ini, rancangan I Can See Your Voice telah berjaya menambat hati ramai penonton Malaysia. Seperti yang anda ketahui, rancangan ini membawa beberapa peserta yang berbakat dalam nyanyian dan juga penyamar yang tidak pandai menyanyi.
Salah satu episod dalam program tersebut menjadi bualan penonton kerana kontroversi yang terpalit ke atas salah seorang peserta yang bernama Faiezal Mahazir dan turut dikenali sebagai Doktor Sedap. Dia yang telah ditangkap sebagai penyamar telah memberi hiburan kepada penonton ketika menyanyikan lagu 'Ku Sesat Dalam Rindu' oleh Aiman Tino.
Pun begitu, setelah episod tersebut berakhir ramai yang mengatakan bahawa Faiezal sebenarnya sangat pandai menyanyi dan timbul spekulasi bahawa pihak produksi ICSYV telah membayarnya untuk menyamar sebagai seorang yang tidak pandai menyanyi.
Banyak juga video lain yang memaparkan kesedapan suara Faiezal sebenarnya.
Disebabkan spekulasi hangat ini, ramai yang ternanti nanti jawapan daripada Faiezal sendiri. Menerusi Instastorynya, Faiezal menjelaskan yang untuk menghibur, tak perlukan kesempurnaan. Hanya perlu faham kehendak penonton dan tahu cara untuk menghiburkan penonton.
Ada juga penonton yang bertanya kenapa suara Faiezal seperti lain sangat semasa rancangan itu. Dia menjelaskan sebab kelainan itulah, ramai penonton yang buka mata. Kalau dia menyanyi seperti biasa, ramai lagi yang boleh menyanyi lagi hebat daripadanya.
Tak kisahlah, janji dia berjaya memberi hiburan kepada penonton semua -CARI
Post time 5-12-2018 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg produksi suuh menyamar pon.. dh nama pon penyamar.. lgpon yg dtg audition mosty boleh nyanyi.. so terpaksa lah suruh yg boleh nyanyi jd suara sumbang..