Edited by ip_lepat at 9-1-2019 12:55 PM
Sumber Foto: Google
Penang cukup terkenal sebagai 'syurga makanan'. Dari nasi Kandar hinggalah makanan sampingan lain semuanya berada di sini.
Ini senarai makanan viral dan menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke Pulau Mutiara.
1. Deen Maju
Sumber Foto: Google
Bersedialah untuk beratur dan menunggu giliran anda. Deen Maju, restoran nasi kandar yang menjadi kegemaran pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur dan berpanas semata-mata merasai keenakan makanan di sini. Antara menu yang menjadi kegemaran di sini adalah ayam goreng rempah, telur ikan, dan telur sotong.
Waktu Operasi : 2.30 pm -11.00 pm ( Ahad Tutup)
Lokasi : Jalan Gurdwara, 10300 George Town
2. Roti Canai dan Roti Bakar Transfer Road
Sumber Foto: Google
Walaupun hanya warung tepi jalan, namun begitu Transfer Road sentiasa dibanjiri orang yang ingin bersarapan dan menikmati lauk ayam kuah kari banjir di atas roti dan roti bakar telur goyang yang begitu membuka selera.
Waktu Operasi : 6.30am - 1.00pm & 3.30pm - 7.00pm
Lokasi : 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang
3. Kopi Peng Untie Evelyn Ang
Sejukkan tekak anda bersama kopi peng di gerai Untie Evelyn Ang. Setelah di viralkan, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan siapa sahaja yang berkunjung ke Pulau Pinang. Siapa yang tidak jatuh cinta dengan kopi kaw yang boleh dinikmati bersama roti bakar, cukup ngam!
Waktu Operasi : 8.00am-5.30pm
Lokasi : 162, Lebuh Noordin, 10300 Georgetown
4. Fruitmade
Sumber Foto: Google
Penuh dengan kreayiviti dan seni. Namun,ia tidak membataskan rasa yang cukup menyegarkan apabila menikmatinya. Di samping pilihan jus yang baru diperah, di sini juga menawarkan beberapa smoothie buah-buahan yang disyorkan untuk anda mencubanya.
Waktu Operasi : 10.00am-6.00pm
Lokasi : 6, Lebuh Cannon, George Town
5. Kareem Pasembur Rojak
Sumber Foto: Google
Kuah yang pekat dan kemerah-merahan amat menepati citarasa sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Malah harganya yang sangat berpatutan, membuatkan gerai ini sentiasa disinggahi ramai orang untuk menikmati rojak yang dikatakan antara rojak paling sedap di Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 10am- 6pm (Ahad Tutup)
Lokasi : 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town
6. Nurul Ikan Bakar
Sumber Foto: Google
Nurul Ikan Bakar adalah antara tempat terkenal untuk makan malam . Selain ikan bakar, restoran ini juga menawarkan masakan lain yang pasti membuka selera anda dan seisi keluarga. Antaranya,udang goreng mentega, ketam goreng cili, ikan tiga rasa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, nikmatilah pengalaman makan malam di tempat duduk di atas pokok.
Waktu Operasi : Isnin-Khamis (5.00pm-1.00am) | Jumaat-Ahad (5.00pm-2.00am)
Lokasi : Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, Gelugor
7. Sany Char Kuey Tiaw
Sumber Foto: Google
Sany Char Kuey Tiaw antara tempat pilihan pelanggan di waktu malam. Ia tidak jauh dari kawasan tapak Pesta Penang dan berdekatan dengan tokong ular.
Waktu Operasi : 7.00pm-12.00am
Lokasi : 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
8. Laksa Janggus
Sumber dari internet
Selain dari pasembur dan nasi kandar, Laksa Penang cukup tidak lari sebagai antara makanan popular di Pulau Pinang. Untuk itu, apa kata anda rasa sendiri keenakan Laksa Janggus yang sering diperkatakan ini. Adakah ia menikmati citarasa anda?
Waktu Operasi : 3.30pm-8.00pm (Rabu Tutup)
Lokasi : Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau
9. Hutton Lane Roti Bakar
Sumber Foto: Google
Warung yang cukup sesuai untuk anda bersarapan pagi ini, sangat terkenal di Pulau Pinang dengan aneka rotinya yang cukup menyelerakan. Antara menu yang sering menjadi kegemaran adalah roti bakar, cheese dan egg roti canai, dan roti bakar dan telur goyang cheese.
Waktu operasi : 5.30am - 2.00pm
Lokasi : 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town
10. Mee Sotong Hameed Pata
Sumber Foto: Google
Untuk penggemar mi, inilah restoran yang layak untuk anda nikmati mi goreng dan mi rebus yang dikolaborasikan bersama sambal sotong. Agak unik tetapi rasanya cukup menyelerakan. Cara mi dihidangkan di sini adalah dengan meletakkan sambal sotong di atas mee yang sudah disediakan.
Waktu Operasi : 11.00am-8.00pm (Ahad Tutup)
Lokasi : 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Selain itu terdapat banyak lagi restoran yang boleh anda kunjungi di Penang, dan ini hanyalah antara senarai yang terbaik dari yang terbaik. -CARI |