CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5360|Reply: 68

[Tempatan] Tragis, 6 Maut Kebakaran Rumah Kedai

[Copy link]
Post time 11-12-2018 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by highcastle at 11-12-2018 08:01 PM

Tragis, 6 Maut Kebakaran Rumah Kedai

Ipoh :  Enam maut dalam kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.55 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, permis tersebut sedang terbakar 40 peratus dan setakat ini enam orang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Jelapang Cheah Pou Hian berkata semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan.
Beliau dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat bunyi letupan kuat dan kemudian disusuli dengan kebakaran.
Berdasarkan papan tanda di premis tersebut, ia menjalankan perniagaan pengaturcara majlis, pembekal alatan majlis, khemah, siaraya dan lampu.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 08:16 PM | Show all posts


Berkenaan apa kah? Kontraktor letupan kuari  ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:46 PM | Show all posts
Sabo..? Khianat...?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tong gas ke yang meletup? Takziah untuk keluarga mangsa-mangsa. 6 orang mati sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:05 PM | Show all posts
kat perak pun ada nama tempat meru kan, sama dengan selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:44 PM | Show all posts
5 sahabat sehidup semati
IPOH: Lima pekerja di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini yang maut dalam kejadian letupan dan kebakaran premis berkenaan hari ini dipercayai rakan sekampung.

Kesemua mangsa terbabit yang berusia 16 hingga 19 tahun berasal dari Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini dan dipercayai bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.

Mereka dikenali sebagai Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, Mohammad Nuraiman Abdul Rahman dan Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, masing-masing berusia 16 tahun manakala dua lagi ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 17 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.

Dalam kejadian jam 1.54 tengah hari itu, majikan mereka dikenali sebagai P Thiagarajan, 40, turut dipercayai terkorban.

Keenam-enam mangsa berkenaan dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa hanya boleh dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Aminuddin Tan, 50, bapa kepada Ahmad Faizal, berkata anak keempat daripada lima beradik itu ada memaklumkan tidak dapat menonton bola sepak (perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018) malam ini kerana perlu bekerja.

“Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.

“Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati.

Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran ,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Mohd Husni Kasman, 47, bapa kepada Mohammad Nor Ikram pula berkata, anaknya meminta wang sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja pagi tadi.
“Dia minta RM5 pada saya untuk duit belanja ke tempat kerja tetapi saya agak terkilan kerana tidak mempunyai wang tukar kecil.

“Nasib baik maknya ada duit kecil dan berikan duit itu kepadanya,” katanya sambil sebak.

Seorang lagi bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata anak sulungnya, Mohammad Nuraiman menghantarnya ke tempat kerja kerana ingin meminjam motosikalnya pagi tadi.

“Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’,” katanya.

Mohd Kamari Talib, 52, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin pula berkata, anak keduanya daripada tiga beradik itu mengikut rakan sekampung untuk memasang khemah.

“Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.

“Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140,” katanya.

Sementara itu, Azizon Razlan, 43, ibu kepada Muhamad Azhar Shah pula berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu sudah dua bulan bekerja.

“Semalam dia beritahu hari ini dia kerja dan ingin pinjam motosikal kakaknya serta tidak berkelakuan pelik.

“Dia memang seorang anak yang rajin dan sering membantu adik-adiknya serta paling rapat dengan adik bongsunya yang baru berusia empat tahun,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
IPOH: Lima pekerja di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini yang maut dalam kejadian letupan dan kebakaran premis berkenaan hari ini dipercayai rakan sekampung.  Kesemua mangsa terbabit yang berusia 16 hingga 19 tahun berasal dari Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini dan dipercayai bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.  Mereka dikenali sebagai Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, Mohammad Nuraiman Abdul Rahman dan Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, masing-masing berusia 16 tahun manakala dua lagi ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 17 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.  Dalam kejadian jam 1.54 tengah hari itu, majikan mereka dikenali sebagai P Thiagarajan, 40, turut dipercayai terkorban.  Keenam-enam mangsa berkenaan dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa hanya boleh dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).  Aminuddin Tan, 50, bapa kepada Ahmad Faizal, berkata anak keempat daripada lima beradik itu ada memaklumkan tidak dapat menonton bola sepak (perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018) malam ini kerana perlu bekerja.  “Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.  “Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati.  “Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.  Mohd Husni Kasman, 47, bapa kepada Mohammad Nor Ikram pula berkata, anaknya meminta wang sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja pagi tadi.  “Dia minta RM5 pada saya untuk duit belanja ke tempat kerja tetapi saya agak terkilan kerana tidak mempunyai wang tukar kecil.  “Nasib baik maknya ada duit kecil dan berikan duit itu kepadanya,” katanya sambil sebak.  Seorang lagi bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata anak sulungnya, Mohammad Nuraiman menghantarnya ke tempat kerja kerana ingin meminjam motosikalnya pagi tadi.  “Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’,” katanya.  Mohd Kamari Talib, 52, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin pula berkata, anak keduanya daripada tiga beradik itu mengikut rakan sekampung untuk memasang khemah.  “Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.  “Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  “Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140,” katanya.  Sementara itu, Azizon Razlan, 43, ibu kepada Muhamad Azhar Shah pula berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu sudah dua bulan bekerja.  “Semalam dia beritahu hari ini dia kerja dan ingin pinjam motosikal kakaknya serta tidak berkelakuan pelik.  “Dia memang seorang anak yang rajin dan sering membantu adik-adiknya serta paling rapat dengan adik bongsunya yang baru berusia empat tahun,” katanya. - BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 09:49 PM | Show all posts
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...muda remaja lg budak2 ni haaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah. muda2 lg dah gigih cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah utk keluarga mangsa semoga ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..alfatihah..sedih bc
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:27 PM | Show all posts
Sedihnya...
Innalillahiwainnailaihiroji'un...semoga roh2 arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman
dan beramal soleh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya kerja untuk tolong keluarga. Yg nak amik lesen tu pun, pandai cari duit. Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar
Innalillahwainnahilahirajiun..

Baru hari pertama turun kerja, ajal pula yang menjemput mereka. Sebak iols mengenangkan nasib mereka. Rajin bebudak ni .

Kat fb tadi kata, arwah 5 sekawan ni akan dikebumikan dalam satu liang lahad .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh iols bayangkan perasaan mak bapak bebudak tu . Pagi-pagi elok jer sihat walafiat bersarapan sebelum pergi kerja, tup tup tengahari anak dah meninggal .
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..
Sadisnya semua meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:43 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes 6 maut kebakaran: Letupan macam pertunjukan bunga api
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Mohd Hafizee Mohd Arop
[email protected]
Share

Tweet

Share
IPOH: “Mak tolong!” Itulah jeritan yang didengari saksi kejadian letupan dan kebakaran sebuah premis yang menjalankan perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini hari ini.

Tragedi kira-kira jam 2 petang itu dipercayai mengakibatkan enam maut membabitkan lima pekerja dan seorang majikan.

Seorang saksi, P Appu, 48, yang juga abang kepada pemilik premis yang terbakar itu berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.


“Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu apabila tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api dan kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

“Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

“Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


ENAM orang maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang. - NSTP/Muhaizan Yahya
Menurutnya, beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam manakala siang hari akan tinggal di premis perniagaan adiknya itu.

“Masa kejadian, adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar saya pula berada di ruangan pejabat di tingkat bawah dan terselamat.

“Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berhampiran yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.

“Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari premis rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.

“Kelihatan kepulan asap seperti cendawan di rumah kedai itu berserta dengan percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api yang serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118233 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list