CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6586|Reply: 88

[Tempatan] Cikki Seremban umur 17 tak balik rumah, Hasanatul minta maaf

[Copy link]
Post time 12-12-2018 08:59 AM | Show all posts |Read mode



SEREMBAN - “Ibu minta maaf jika terkasar," rayu Hasanatul Khalikah Ali, 39, kepada anak sulungnya yang tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka anaknya, Nur Ainin Sufiah Mohd Adam, 17, hanya keluar ke rumah kawan.

Bagaimanapun hingga kini katanya, anaknya itu langsung tidak pulang ke rumah malah gagal dihubungi hingga kini.

Hasanatul Khalikah berkata, pada hari anaknya itu keluar dari rumah, dia ada menegurnya supaya mengemas rumah dalam nada suara yang agak tinggi.

"Selepas itu saya nampak dia keluar bawa beg tapi taklah terfikir dia nak lari.

"Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia beberapa kali cuba menghubungi Ainin termasuk menghantar mesej menerusi WhatsApp tetapi tidak dijawab.

Buntu dan bimbang memikirkan keselamatan Ainin, Hasanatul Kalikah berkata, dia langsung bertanya tentang anaknya itu di dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

"Kawan Ainin beritahu anak saya selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson. Paling saya risau apabila dia cakap nak pergi ke Johor.

"Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu," katanya.

Katanya, dia tidak lagi memarahi Ainin dan hanya mahukan anaknya itu pulang dalam keadaan selamat kerana terlalu merinduinya.

"Sebagai seorang ibu, saya menegurnya demi kebaikan. Lagipun dia anak sulung dalam lima beradik dan menjadi harapan saya.

"Saya mohon kepada sesiapa yang ternampak Ainin supaya hubungi 011-20701969 kerana saya terlalu risaukan keadaannya," katanya.

Dalam pada itu, Hasanatul Khalikah berkata, satu laporan juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kelmarin.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2018 08:59 AM | Show all posts
ikut jantan ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaya anak sulung akak. ..apola ko nak asyik nak lari dari rumah ja. ...anak akak ni hari2 duk belajar memandu kereta. ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak perempuan lagi susah jaga ka. ....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:06 AM | Show all posts
nanti dah Puas dia baliklah makcik





Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak bilik sheols kepam bau pad berdarah, dekkkk.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka sama cap ibu dan anak. Anyway balik rumah cepat nak.. mak kau risau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:53 AM | Show all posts
noor2 replied at 12-12-2018 09:02 AM
Sebaya anak sulung akak. ..apola ko nak asyik nak lari dari rumah ja. ...anak akak ni hari2 duk bela ...

wahh..nak ambik lesen dah anak k.noor ya.. nti maknya jadi mem la dok blkg klu dah dpt lesen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 09:54 AM | Show all posts
mak marah suruh kemas rumah mak jugak kena minta maaf.. wow
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 12-12-2018 09:53 AM
wahh..nak ambik lesen dah anak k.noor ya.. nti maknya jadi mem la dok blkg klu dah dpt lesen..

Hehe.....insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:58 AM | Show all posts
kesian mak dia, terpaksa minta maaf, terpaksa tebalkan muka masuk paper merayu supaya anak balik rumah...hal pun kecik jea, tinggi suara sebab suruh kemas bilik

anak2 akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:07 AM | Show all posts
Edited by rospinki at 12-12-2018 10:30 AM

bykkan zikir ya jamiq ribu2 kali insyaallah anak akan segera balik

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 12-12-2018 09:58 AM
kesian mak dia, terpaksa minta maaf, terpaksa tebalkan muka masuk paper merayu supaya anak balik rum ...

Membebel selalu pun anak tak tahan. ..sebenarnya yang penting kita berkawan dengan anak. ..dengar masalah dia. .kongsi pandangan dan nasihat selalu. ..bukan marah2 atau membebel. ...kadang2 mak ni depa rasa diri depa ja betul. ..apa pandangan anak semua tak nak dengar. ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:13 AM | Show all posts
Mula2 I igt dia pegang kertas muka dia sendiri. Rupanya mak dia daaa. Mak nmpk muda, kopipes cap ibu dan anak
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib dpt mak yg sanggup mintak maap suruh anak balik takut jadi apa2. budak ni pulak takde nyer nak kisah mak risau apa2 jadi kat dia. siapalah yg membesarkan budak bermasalah mcm ni?

kalau akak jadi mak budak ni nmg akak buat anak baru je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:32 AM | Show all posts
elokler dibiar cikki ni berulat dalam bilik tak berkemas

agak2 nti dah tak tahan kutip smua brg tu buang

kalau anak aku dh lama kena frenzone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengada betul budak ni..
Baru habis spm kot..
Kena marah sikit dah lari rumah..
Anak I bujang 15 tahun..  cuti sekolah hari2 I call dari office suruh cuci, sidai n angkat baju..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
eh cikki stail tudung muslimah ada jenis pengotor juga iya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:59 AM | Show all posts
aku ingatkan TT ckap psal kes hasanah skali btol nama orang ni hasanah..apoooo la..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
penambahan: pengotor dan pemalas. balik rumah la dek.. dah ketahuan sikap buruk adik yg acah2 pwincess taik takleh kena tegur makpak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.077351 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list