View: 8570|Reply: 27
|
Fesyen Mendiang Puteri Diana, Yang Tidak Bertepatan Dengan Etika Dan Pemakaian
[Copy link]
|
|
Foto: Hello Magazine
Umum tahu yang anak kedua kepada mendiang Puteri Diana, Putera Harry baru sahaja berkahwin dengan selebriti Meghan Markle yang dihebahkan sering tidak mematuhi etika berpakaian atau penampilan sebagai Royal Family British (BRF) setaralah dengan statusnya seorang selebriti yang memang tidak berprotokol sangat.
Tidak hairanlah juga jika Putera Harry memilih Meghan sebagai suri hatinya sebab sedikit sebanyak aktres itu memiliki karakter yang dimiliki oleh ibunya iaitu tidak mengikut beberapa protokol istana dan tak hirau pun apa orang cakap.
Berikut adalah beberapa penampilan mendiang Princess Diana yang tidak selaras dengan etika pakaian atau penampilan Keluarga Diraja British.
1. MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA HITAM
Foto: Google
Warna hitam adalah warna rasmi bagi upacara pengebumian bagi Keluarga Diraja yang menyebabkan jarang-jaranglah nampak Keluarga Diraja pakai warna tersebut. Tetapi tidak bagi Puteri Diana yang pernah memakai evening dress berwarna hitam tak kira waktu siang atau malam dan antaranya sewaktu beliau membuat lawatan ke hospital di Moscow.
2. MEMAKAI EYELLINER BERWARNA BIRU
Foto: Google
Dah macam tradisi juga Keluarga Diraja bila berpenampilan akan mengenakan make up yang nampak natural. Tradisi ini walau bagaimanapun tak diikuti sangat oleh mendiang. Beliau pernah pakai eyeliner warna biru bila ada acara-acara rasmi termasuklah masa lawatan rasminya ke Perancis.
3. MENGGUNAKAN PEWARNA @ PENGILAT KUKU
Foto: Google
Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Queen Elizabeth II, peraturan yang utama sekali adalah penggunaan pewarna atau pengilat kuku yang natural bagi mengelakkan wanita dalam keluarga diraja ini tidak kelihatan murah dengan pengilat kuku yang pelbagai. Contohnya macam pink pucat atau beige. Namun, Puteri Diana pernah pecahkan tradisi dan langgar peraturan itu dengan pakai pengilat kuku warna merah semasa acara Diraja.
4. PILIH CINCIN TUNANGNYA SENDIRI
Foto: Google
Dah namanya keluarga diraja, haruslah serba serbinya custom made. Tapi Puteri Diana pilih cincin tunang beliau daripada katalog sahaja. Mendiang yang bertunang dengan Prince Charles pada umur 19 tahun pada tahun 1981 telah memilih cincin pertunangan dengan berlian berwarna biru daripada Garrad. Boleh tahan juga citarasanya walaupun bukan custom made. Cincin tersebut sekarang diwarisi kepada Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
5. BELI DRESS YANG DISPLAY di RAK
Foto: Google
Puteri Diana pilih dress dia untuk dipakai semasa pengumuman pertunangannya daripada rak gedung pakaian beli belah Harrods je. Mula-mula mendiang cari di butik High Class, Bellville Sassoon tapi memandangkan tidak dilayan, terus niatnya dibatalkan.
6. MEMAKAI PERHIASAN YANG CHUNKY
Foto: Google
Sebelum Puteri Diana, dah jadi kebiasaan kerabat diraja memakai perhiasan rantai yang ringkas sahaja. Namun puteri kesayangan rakyat ni selamba sahaja memakai rantai yang agak tebal.
7. MEMAKAI SKIRT ATAS LUTUT
Foto: Google
Macam dah dinyatakan, wanita dalam keluarga diraja kenalah nampak sopan sahaja termasuklah kena pakai skirt bawah lutut. Puteri Diana pula sebaliknya pakai skirt pendek yang menampakkan lutut.
8. TIDAK MEMAKAI SARUNG TANGAN
Foto: Google
Kalau Queen Elizabeth II terkenal dengan pemakaian sarung tangannya terutama bila nak bersalam dengan rakyat biasa. Puteri Diana pula sangat kontra sebab mendiang lagi memilih untuk tidak menggunakan sarung tangan semasa bersalam atau beramah mesra tak kira lah dengan rakyat atau tidak sebabnya mendiang sukakan direct contact.
9. TIDAK MEMAKAI TOPI
Foto: Google
Kalau biasa kita tengok memang tradisi yang bertahun-tahun yang pemakaian topi oleh golongan wanita menyerlahkan kesopanan dan kesederhanaan. Sebab tu Queen Elizabeth II memang selalu mengenakan topi. Puteri Diana tidak mematuhi peraturan tersebut dengan menghentikan pemakaian topi kerana mendiang tidak merasakan suasana yang mesra bila bertemu rakyat.
10. MEMAKAI PAKAIAN YANG OFF SHOULDER
Foto: Google
Dalam menetapkan peraturan atau tradisi dalam keluarga Diraja, adalah penting sesuatu tradisi tersebut berasaskan kesopanan dan kesederhanaan. Apabila Puteri Diana mengenakan dress pendek off shoulder dengan bahagian bawah dress yang terbelah menampakkan pehanya yang gebu semasa majlis di Serpentine Gallery, London pada tahun 1994, golongan tradisionalis diraja memang memandang berat perkara tersebut. Sebab itulah bila menantunya Meghan buat perkara yang sama, dia mendapat kritikan yang hebat. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, kikiki. X complete pun leh publish ke min ahaksss |
|
|
|
|
|
|
|
Publish tadi dah complete. Ada problem sikit dgn sistem so dia terpotong. Tengah betulkan |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MRO replied at 14-12-2018 12:35 PM
Publish tadi dah complete. Ada problem sikit dgn sistem so dia terpotong. Tengah betulkan
Ok da complete. Bru puas baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat penulis, byk lg kesalahan ejaan. Nice article tp lepas ni kena byk double check spelling. Sekian komen iols. |
|
|
|
|
|
|
|
hazab ye macam2 protokol..
dari hujung rambut sampai hujung kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mati pun duk pertikai protokol baju....nasib ko ler D |
|
|
|
|
|
|
|
Mendiang Lady D pkai apapun cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
Lady D ada lah nmpak jiwa rakyat n tak terpalit dgan kontroversi dari darah daging sendiri. Meghan pulak sebaliknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
No.10 tu dia pakai lepas dia berstatus janda hehehe. So tak terikat protokol lagi. Cubaan nipis nak legalkan meg yang ala2 memberontak kena kongkong ke ni {:run to me lady D layak rebel. Sebab charles buat hal. Meg? Sendiri crave attention. |
|
|
|
|
|
|
|
And see how did she end up? Tapi sheols very likeable unlike meghan. |
|
|
|
|
|
|
|
And see how did she end up? Tapi sheols very likeable unlike meghan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 14-12-2018 10:50 PM
Gambar 1,6,7 & 10 tu masa diana da single.
Setahu meols lepas berpisah baru diana ni 100% x ikut protokol tang baju. Tu yg leh nmpak dia pkai bikini suma tu. |
|
|
|
|
|
|
|
just " accident" kan je la meghan tu baru puas hati boleh bernafas lega sume royal protocol expertise sekalian.
|
|
|
|
|
|
|
|
234126: No.10 tu dia pakai lepas dia berstatus janda hehehe. So tak terikat protokol lagi. Cubaan nipis nak legalkan meg yang ala2 memberontak kena kongkong k ...
Yup. I called that arevenge dress. Hamik ko charles main kayu dua dgn camilla; tgk aku lg meletop katanya.haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Lady D ttp princess di hati rakyat Brits{:love{:love |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg byk duit tu kalau tiba tiba teringin nak pakai baju mcm mendiang, bole aja beli kt ebay |
|
|
|
|
|
|
|
lawa je mendiang ni, lau ade lg, camne lah ek |
|
|
|
|
|
|
|
kesahhh plak dia dr dlm kubur khennn |
|
|
|
|
|
|
| |
|