Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Ramai orang cenderung meluahkan perasaan di media sosial dan golongan selebriti juga tidak terkecuali daripada melakukannya kerana mereka juga insan bernama manusia.
Namun, kita perlu bersedia dengan akibat daripada setiap tindakan diambil kerana kita tidak boleh menjangkakan semua orang akan bersetuju dengan pendapat kita.
Begitu juga Cef selebriti dan pengacara, Fikree Aznan yang berkongsi luahan hatinya terhadap tenaga pendidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Tindakannya mempersoalkan kredibiliti pensyarah di universiti Melayu telah mencetuskan provokasi, sekali gus dihujani kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan dakwaannya itu.
Fikree mendakwa ada pensyarah yang mengutuk dan memulaukan dirinya selepas dia berjaya dalam bidang kulinari dan dikenali di kaca televisyen menerusi program beli-belah CJ Wow Shop.
"Sama jugak pensyarah, yang mana pesan suruh jadi yang terbaik dan bila kita jadi terbaik, dikutuk dan dipulaukan pula saya.
"Sebab tu saya berani cakap pensyarah muda dan tua di universiti Melayu tak boleh pakai. P/s kat uni yang saya belajar ya, uni lain semua ok!" ujarnya di Facebook.
Dakwaannya itu membuatkan orang ramai panas hati kerana insan yang telah banyak berjasa membentuk kita hingga menjadi diri kita hari ini telah diperlekehkan.
Si Tanggang tua pakai otak udang
Selain menyifatkan cef itu sebagai seorang yang lupa diri, netizen menganggap Fikree seorang yang gila glamor dan gemar mengejar populariti.
Patutlah mampu jadi Cef CJ Wow Shop je...
Pun begitu, beberapa pihak menasihatkan agar orang ramai tidak mudah melatah dengan posting Fikree.
"Cuba faham ayat dia"
Kredit foto: FB Chef Fikree Aznan
Tidak kisahlah sama ada baik atau buruk guru yang mengajar kita, janganlah kita menghinanya kerana boleh jadi tidak berkat ilmu yang sudah diturunkan kepada kita kelak. - CARI |