View: 4352|Reply: 14
|
Awas! Penjual Makanan Online Didakwa Tipu Pelanggan, Pancing Artis Buat Review
[Copy link]
|
|
Dalam arus teknologi moden kini, jumlah peniaga atas talian semakin lama semakin ramai bagai cendawan tumbuh. Ada yang jujur, ada yang menipu.
Apa yang menakutkan ialah golongan artis dan instafamous kini menjadi sasaran penjual penipu ini. Ini kerana para mereka mempunyai puluhan ribu pengikut di instagram.
Ada artis yang mengenakan bayaran kepada penjual yang ingin beliau mempromosikan barangan jualan mereka melalui instagram. Ada juga yang tidak mengenakan bayaran, tetapi dengan syarat produk itu diberikan kepada artis tersebut secara percuma. Ini sangat-sangatlah bahaya! Bererti sesiapa sahaja termasuk scammer boleh memperdayakan golongan artis ini hanya dengan memberi makanan percuma!
Beberapa bulan lepas, pengasas produk kosmetik terkenal Nur Sajat telah membuat satu IG review untuk sebuah perniagaan delivery makanan popular di Kuala Lumpur. Laman ini dikatakan mempunyai lebih 40 ribu pengikut! Kalau sekali imbas, semua pasti beranggapan laman ini boleh dipercayai kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
Namun, sebenarnya tidak! Individu yang terlihat video yang dimuat naik oleh Nur Sajat itu segera menyuruhnya memadam video tersebut agar orang lain tidak terpedaya dengan penjual penipu itu.
Rupa-rupanya sudah ramai yang terkena. Penjual tersebut bukan sahaja tidak menghantar makanan yang dipesan, tetapi turut memblok pelanggan-pelanggan di whatsapp.
Terkini, terdapat individu meninggalkan komen tentang hal sama di laman instagram Tiz Zaqyah walaupun posting beliau tidak berkaitan penjual tersebut.
Nampaknya, memang ramai rakyat Malaysia yang sudah tertipu. Semoga para artis dan instafemes selepas ini lebih berhati-hati sebelum bersetuju membuat IG Review untuk mengelakkan penipuan sebegini berterusan. Adakah anda pernah terkena? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
masih aktif walau dah report polis? how come? |
|
|
|
|
|
|
|
wow wpun byk report masih tipu lagi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Muffin kl ni rsnye meols pnh gk tgok yatie kitchen n sheila rusly promote kt ig deme |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu polis x wat kije ke?
patutlah kalau setakat kita rakyat marhein nii setakat kena tipu sekali dua ngn penjual lahanat, polis wat dunno je. lagikan kes besar dia xleh settle inikah pula kes kita yg sekali dua tertipu RM10 je terbang??? |
|
|
|
|
|
|
|
yg tukang promote kat atas tu pun pelesu...apalah yang nak diharap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh yes si muffin kl ni. Ramai dah yg komen dah terkena. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat nak beli kalau buat promosi guna cara ni sebab tahu bukan betul2 sedap atau scam je |
|
|
|
|
|
|
|
Muffin.kl ni dulu sentap sana sini prg tuduh tipu kan.dia ckp spe tah guna nama dia menipu org.ai xfollow sgt,tau pon sbb dia baik dgn yatie.kitchen |
|
|
|
|
|
|
|
Food delivery y sy bleh percaya few of them only:
Kepci,mekdi,foodpanda,tabaogo,domino,pizzahut..dan y dibuat oleh kwn sendiri ataupun y mmg direkemen oleh kwn y penah try order drpd prg2 tersebut..
Y lain2 xpenah try..hihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89: dah tu polis x wat kije ke?patutlah kalau setakat kita rakyat marhein nii setakat kena tipu sekali dua ngn penjual lahanat, polis wat dunno je. lagika ...
Utk online scammer, i jarangggg sgt nampak polis buat keje. In 100 cases, 2 je kene dakwa. Xpercaya u scam org. Dah byr u diam je. Dont worry, polis xkn tgkap
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina: masih aktif walau dah report polis? how come?
Sbb hanya report. Polis tak kan tgkap. Dah byk kes scammer tp masih wujud |
|
|
|
|
|
|
|
kalau isu cam ni bukan ke kena report kat orang yang jaga harga telur ayam ke
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah baik. sekarang tak baik dah sebab kes scam org la. Lama dah kot rasanya diorang tak ngam. rasanya macam dah bertahun kot |
|
|
|
|
|
|
|
promo biz makanan pun mcm promo produk sampah, bg kat retis utk review nampak kemain sedap, portion byk.
Tapi bila order, nan hado presentation hauk, rasa hauk, kuantiti ciput tp rege kemainnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|