|
|
Majalah tabloid Star Magazine baru-baru mengatakan beberapa orang peminat dan hadirin di majlis British Fashion Award telah tersilap orang dan memanggil mantan supermodel Cindy Crawford sebagai selebriti transgender Caitlyn Jenner.
Kredit foto: Gossip Cop
Menurut majalah tersebut, kejadian tersilap identiti itu berlaku tiga kali di majlis tersebut yang berlangsung minggu lalu. Cindy ketika itu hadir menemani anaknya Kaia Gerber, 17, yang menerima anugerah Model of the Year.
Kredit foto: Pressreader
Menurut Star Magazine, beberapa orang hadirin menunjuk ke arah Cindy dan berkata ‘bagusnya ayah Kendall Jenner pun ada’ kata sumber itu lagi. Lebih memalukan, tabloid itu juga berkata seorang wanita menghampiri Cindy dan menjerit ‘Wow, gembira berjumpa anda Caitlyn’. Cindy kononnya memperkenalkan dirinya dan tidak kelihatan tersinggung tetapi tidak tahu apa yang berada di benak fikirannya.
Cindy dikatakan bertanyakan suaminya Rande Garber yang betulkah wajahnya mirip Caitlyn tetapi dinafikan oleh suaminya. Rande bagaimanapun kedengaran bergurau dan menyuruh Cindy perlu menjadi seperti Kris Jenner kerana berjaya menjadikan anak-anaknya kaya-raya.
Kredit foto: Sog Er Hor
Cerita Star Magazine itu bagaimanapun dibidas oleh sebuah lagi majalah tabloid Gossip Cop yang mengatakan cerita itu tidak benar kerana mereka berada di tempat kejadian dan tidak melihat sesiapapun tersilap identiti memanggil Cindy dengan nama Caitlyn.
Jadi apa pula pendapat anda? Betul ke Caitlyn Jenner kini seiras mantan supermodel Cindy Crawford? Masalahnya siapa copy siapa ni? -CARI |
|