CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1308|Reply: 3

Artikel Tun Mahathir, Najib Dan Rosmah Paling Popular Di Asia Sepanjang 2018

[Copy link]
Post time 26-12-2018 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Tun Dr. Mahathir mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Malaysia sebanyak dua kali. Kredit foto: AFPArtikel berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan kembalinya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh dinobatkan sebagai paling popular di Asia sepanjang 2018.

Perkara itu diumumkan South China Morning Post dalam rangkuman yang memaparkan 12 artikel paling banyak dibaca oleh pengunjung portal berita berkenaan.


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Kredit foto: AFP
Manakala, liputan tentang bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang berdepan tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinamakan kedua paling popular.


Datin Seri Rosmah Mansor. Kredit foto: Kyodo
Selain itu, artikel mengenai koleksi beg tangan mewah berjenama Birkin yang dikatakan dimiliki oleh isteri Mohd. Najib, Datin Seri Rosmah Mansor menduduki tempat ketiga.

Artikel keempat dan kelima paling popular di Asia adalah masing-masing berkaitan Singapura iaitu pendedahan tentang kegiatan pelacuran di Orchard Road dan perempuan simpanan muda atau anak ikan yang hidup serba mewah.

Dalam pada itu, artikel yang mengupas tentang persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak tentang keturunan Miss Universe, Catriona Gray dari Filipina berada di tempat keenam dan diikuti laporan berhubung sikap prejudis tuan rumah di Malaysia serta Singapura terhadap warga asing berkulit gelap.
[size=18.6667px]

Kim Jong-Un. Kredit foto: Reuters

Artikel kelapan paling popular adalah mengenai pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un yang didengar berbincang dengan Presiden Korea Selatan, Moo Jae-in dalam bahasa Korea aksen Switzerland pada sidang kemuncak antara dua negara tersebut April lalu.

Tempat kesembilan juga adalah artikel berkaitan Korea Utara iaitu tentang bagaimana negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktator itu berusaha untuk mencuri tumpuan dunia dalam temasya Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di Pyongchang, Korea Selatan.

Laporan tentang eksport barangan tiruan dari China ke seluruh dunia mendudukan tangga ke-10 dari segi populariti manakala tempat berikutnya menjadi milik artikel berhubung kontroversi yang dicetuskan oleh Menteri Hal Ehwal Perikanan dan Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti yang menuduh nelayan-nelayan China yang menceroboh perairan negaranya sebagai melakukan jenayah terancang rentas sempadan.

Tempat terakhir dalam senarai artikel paling popular di Asia adalah artikel tentang Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat yang diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri baharu republik berkenaan bagi menggantikan Lee Hsien Loong.

Nampaknya, artikel berkaitan Tun Dr. Mahathir menduduki tempat teratas sekali gus membuktikan ramai orang di Asia berminat untuk mengikuti perkembangan beliau. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 12:05 PM | Show all posts
so liputan mengenai beg berjenama Bijan masih haus sendu mendu di alaf krismas tak mampu menandingi populariti jenama mewah Birkin bik mama?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 05:11 PM | Show all posts
so the coverage of Bijan branded bags still drowning in the millennium cannot match the popularity of luxury brand Birkin bikini? <a href="https://cataloguemart.online/">aldi catalogue</a>

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 05:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056918 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list