Isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) makin hangat diperkatakan di Malaysia. Berlaku percanggahan pendapat di antara mereka yang menentang dan juga menyokong hak asasi golongan ini. Namun, isu tersebut akan sejuk kembali jika tiada yang cuba mengapi-apikannya.
Bagaimanapun, apabila sebuah video pendek memaparkan aksi pasangan gay ditangkap di dalam kereta tersebar di media sosial, ia menjadi panas kembali. Ini kerana 'penguatkuasa' yang menahan pasangan itu dilihat memukul pesalah hingga berdarah serta mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak wajar diluahkan. Lebih memalukan apabila wajah pasangan gay itu terdedah dalam video hingga boleh ditonton oleh netizen.
"Korang tak ingat tuhan ke?" sambil menyambung memukul budak-budak tu setengah mati.
Itu antara rentetan kemarahan netizen di Twitter yang merasakan 'penguatkuasa' menyalahgunakan kuasa mereka dengan memukul pasangan tersebut dan bukannya mahu membawa kepada pihak berkuasa.
Kredit foto: Twitter
"Nabi sendiri tak pernah mengaibkan orang. Dah lah ambil video, pukul pula tu. Ni jenis dosa orang ke neraka tapi dosa sendiri diam-diam ja."
Rata-rata netizen menyatakan cara sebegitu bukanlah bertujuan mendidik kerana pukul lebih kepada keganasan. Hal ini sepatutnya dihentikan kerana ia lebih membawa pada keburukan berbanding kebaikan. Mungkin pada mereka, ia adalah tanggungjawab menyedarkan pesalah tersebut kerana mengamalkan hubungan sonsang, tetapi dalam masa sama tidak sepatutnya menggunakan kekerasan.
Menariknya ialah perbandingan yang diutarakan oleh netizen ini mengenai perbezaan komen di antara netizen di Twitter dan netizen di Facebook. Boleh dilihat perbezaan pemikiran kebanyakan netizen kedua-dua media sosial ini.
Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai isu LGBT ini. Anda pula bagaimana? - CARI
|