Tidak dapat dinafikan, plastik adalah antara ciptaan manusia yang paling bermanfaat. Ianya mempunyai pelbagai kegunaan, tahan lama, murah, mudah disimpan dan mudah didapati di mana-mana. Bagaimanapun plastik yang suatu ketikanya menjadi ciptaan berguna kini menjadi bahan pencemar planet nombor satu.
Kredit Foto: newscientist.com
Sebab itulah kebanyakan kempen alam sekitar berkisar tentang pengurangan penggunaan plastik. Yang terkini, pengharaman penggunaan penyedut minuman (straw) yang dipelopori oleh banyak syarikat gergasi contohnya Starbucks, Hotel Marriot dan American Arlines.
Kenapa anda perlu sokong kempen anti plastik? Berikut 8 fakta menurut National Geographic:
1. 18 Billion Pounds Plastic Dibuang ke Lautan Setiap Tahun
Kredit Foto: National Geographic
2. 40% Daripada Sampah Jenis Plastik Hanya Digunakan Sekali Sahaja Sebagai Pembungkus
Kredit Foto: National Geographic
3. Secara Purata Setiap Rakyar Denmark Guna Hanya 4 Beg Plastik Setahun, Setiap Rakyat Amerika Syarikat Guna 365 Beg Plastik Setahun
Kredit Foto: National Geographic
4. 44% Daripada Plastik Di Pasaran Dikilang Pada Tahun 2000-kini
Kredit Foto: National Geographic
5. Separuh Daripada Plastik Dunia Dikeluarkan di Asia, 29% Daripadanya di China
Kredit Foto: National Geographic
6. Kurang 20% Plastik Global Dikitar Semula
Kredit Foto: National Geographic
7. 1 Juta Botol Plastik Dijual Setiap Minit. Secara Purata rakyat Amerika membeli 346 botol setahun.
Kredit Foto: National Geographic
8. 8% Daripada Keluaran Minyak Dunia digunakan Untuk Membuat Plastik
Kredit Foto: National Geographic
Di Malaysia, persatuan-persatuan pengguna telah mendesak pengharaman plastic dan rangkaian McDonald telah mengumumkan tidak akan menyediakan penyedut minuman plastik sekiranyya tidak diminta pelanggan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamarudin juga menyebut akan memperkenalkan pengharaman beg plastik mulai pertengahan tahun 2019.
Jadi sokonglah pengurangan penggunaan plastik. Kerana semuanya bermula dari rumah kita sendiri. -CARI |