View: 2913|Reply: 29
|
[Tempatan]
Awal 2019. Pukul bini dengan seterika. Lambat buat air minuman
[Copy link]
|
|
Tergamak pukul isteri dengan seterika
HANYA kerana lambat membancuh air minuman, tukang besi tergamak memukul kepala isterinya dengan seterika dalam kejadian di rumah dekat Taman Kerapu, Butterworth, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya berusia 43 tahun memukulnya dengan menggunakan seterika di rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berang terhadap isterinya yang sibuk membuat kerja rumah hingga lambat membancuh minuman untuknya.
“Oleh disebabkan menunggu terlalu lama, suspek tiba-tiba mengambil seterika baju dan terus memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan di kepala.
“Tidak tahan dengan kejadian itu, isterinya datang membuat laporan polis dan memaklumkan kejadian itu bukan kali pertama yang mana mereka berdua sering bergaduh akibat masalah tekanan hidup,” katanya dalam kenyataan, di Butterworth, hari ini.
Noorzainy berkata, susulan laporan daripada mangsa, anggota polis yang menjalankan tugas rondaan jenayah di kawasan itu bertindak menahan suaminya, 8.40 malam tadi.
“Polis turut merampas seterika yang digunakan suspek untuk memukul isterinya.
“Siasatan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah,” katanya.
Jelasnya, suspek dan isterinya sudah berkahwin sejak lima tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak.
Noorzainy berkata, kecederaan yang dialami isterinya hanya calar di bahagian belakang kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
“Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dengan scandal berani xbuat camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 26 laki 43 kerja tukang besi... gatai sangat nak kahwin org tua |
|
|
|
|
|
|
|
janji bukan andartu kan..
hadap je la walau laki taik dadah pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bgn amik seterika libas bini boleh, nak buat air sendiri malas. Mmg jadi raja kat rumah, memerintah je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tagline: Asalkan berlaki... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cium bau syurga kau dik |
|
|
|
|
|
|
|
Asal berlaki...... |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 2-1-2019 06:41 PM
Tak cium bau syurga kau dik
Lama tak nmpak kau...
Bertapa kar gua kelam ek?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn kali pertama berlaku pun sanggup tunggu lg |
|
|
|
|
|
|
|
Bongok. Ingat dlm drama minggu ini ke, asyik bini je buat air. Ada kaki tgn boleh je buat air sendiri. jgn pemalas sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Pinang darul seterika |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kat adik ni. dah 5 tahun dia memperhambakan diri kat taik dadah. now ada peluang untuk dia angkat kaki, sila lari jauh2 dari jantan taguna tu & mulakan hidup baru dengan anak2. usia masih muda, ada banyak peluang kerja halal menanti. moga dipermudahkan Allah segala urusan ibu ini & anak2nya serta dilimpahi rahmat & kebaikkan yg berterusan. aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Urut dada iols baca... |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh jgnla tinggal serumah dgn drug addict ni.
ada pon buat merana badan je |
|
|
|
|
|
|
|
Buat lah sdiri air tu.. Bukan susah sgt mcm zaman dulu2 kena angkut air di perigi, masak atas dapur kayu pastu baru boleh bancuh air |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan bangsat cmni
Nak minum pun harap kat bini
Sampah tul
Seb baik bini dh tak bodoh hadap kena pukul
Padanla muka kena repot polis |
|
|
|
|
|
|
|
Stress bisnes kat komtar sendu kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah skrg ni ramai lelaki taik dadah ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|