Isu rasis walaupun dikatakan tiada di Malaysia, namun sejak kematian anggota bomba, Muhammad Adib dalam insiden kuil-bomba, segelintir merasakan perlu berbuat sesuatu. Antara yang dilakukan ialah menyokong dan menguatkan jenama produk Bumiputera/Melayu.
Ramai yang menyarankan orang Melayu supaya membeli barangan di Pasaraya Rosham Nor sebagai alternatif. Bagaimanapun, seorang netizen mendedahkan lalu menyangkal segala-galanya, bahawa ia bukanlah milik Rosham 100 peratus tetapi sebaliknya berkongsi dengan bangsa lain.
Persoalannya, perlukah boikot tersebut?
Kredit foto: Twitter
"Oh! Baru tahu, jadi berapa persen Rosyam punya?"
Hal ini membuatkan segelintir berasa tertipu namun dalam masa sama tidak kisah hal tersebut, asalkan ianya halal.
Kredit foto: Carian Internet
Ramai yang menyatakan ia adalah satu perkara biasa, sejak zaman berzaman lagi. Perniagaan yang lebih dikenali sebagai 'Bisnes Ali Baba' ini menggunakan nama individu tertentu demi kepentingan pihak tertentu. Namun dalam masa sama sebenarnya ia memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Jadi, tiada masalah bagi sesetengah pihak kerana yang lebih penting konsep halal itu sendiri.
Malahan Rosyam sendiri menjelaskan yang pasar raya itu bukanlah miliknya 100% dan ia telah disebarkan pada peringkat awal lagi.
Kredit foto: Carian Internet
Bagaimanapun dalam kes ini, Rosyam Nor Mart adalah perkongsian beberapa pihak dan Rosyam sendiri mempunyai saham iaitu sebanyak 10 peratus. Fakta ini diambil daripada keratan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah tersebar luas membuktikannya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Memahami kuasa membeli dimonopoli oleh kaum Melayu membuatkan banyak pasar raya yang menitikberatkan konsep halal terus bercambah. Jadi tiada masalah sebenarnya untuk membeli di mana asalkan selesa.
Jadi, anda membeli atas faktor apa? Disebabkan harganya murah atau pun siapakah pemiliknya? Tepuk dada tanya selera. - CARI
|