Apabila selebriti membuat sesuatu produk, maka berduyun-duyunlah peminatnya membeli kerana mahukan impak yang sama seperti idola mereka. Bagi golongan ini, produk tempatan perlu disokong biarpun harganya tersangat mahal berbanding produk lain.
Kecoh di media sosial dengan netizen mempersoalkan produk terbaharu Insta Famous, Syafiqah Aina iaitu Sunscreen bersaiz 15ml dijual dengan harga diluar jangkaan. Malahan lebih memburukkan keadaan dengan pembungkusan yang tidak menepati produk profesional iaitu tidak disertakan bahan-bahan produk ini.
Ramai yang mengatakan produk ini timbang kilo serta mempergunakan kecantikan pengasasnya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan berganda. Apa yang menyedihkan ialah ramai pengikutnya merasakan produk ini bagus dan sanggup membelinya kerana mahu menjadi cantik seperti Aina.
Kredit foto: Twitter
"Tak paham betul orang yang beli local product tak certified ni. Dahla modal dia cuma muka cantik pastu "dah dihantar untuk ujian klinikal, harga Yahudi lak tu..."
Memberi contoh produk antarabangsa yang telah menjalani penyelidikan berpuluh tahun sebelum berani membuat produk kecantikan, netizen ini pelik dengan ragam pengasas produk tempatan yang tiba-tiba sahaja mengeluarkan produk. Apatah lagi harganya yang tidak masuk akal berbanding produk berjenama menjelaskan yang pengguna Malaysia mudah tertipu sedangkan pengasasnya sendiri mendapatkan rawatan doktor kulit bukannya memakai produk tersebut.
Kredit foto arian Internet
Biarpun ramai yang mengutuk perbuatan tidak beretika ini, namun ramai juga yang menyokong dengan alasan barang mahal pun tetap laku keras. Sementelah lagi melihat banyak testimoni yang telah mendapat kesannya, ramai yang menjadi ejen produk sebegini. Namun netizen ini menjelaskan yang ia adalah permainan bisnes biasa di Malaysia iaitu sistem ejen yang akan sedaya upaya menjual produk kepada pengguna. Jika tidak laku sekalipun, kerugian di bawah tanggungan ejen sedangkan pengasas sudah mendapat keuntungan.
Kredit foto: IG
Bengang dengan dakwaan netizen yang mengecam produk tempatan sebagai tipu, ada ejen yang menyatakan itu hanyalah kerana cemburu semata-mata.
Kredit foto: IG
Dan ini jawapan daripada netizen yang membawa persoalan sebenarnya iaitu kandungan dan kesalahan fakta.
Mungkin kerana gaya hidup yang ditonjolkan oleh 'insta famous' sudah mengabui para pengikutnya membuatkan produk mereka terjual keras. Ini membuatkan netizen di Twitter membuat lawak tentang itu.
Kredit foto: IG
Oleh sebab itu, pentingnya pengetahuan supaya tidak tertipu dengan testimoni dan gaya hidup mewah yang dipaparkan oleh pengasas produk di Malaysia. Semoga kita lebih peka dan membuat pilihan bijak. - CARI
|