Kes pembunuhan keluarga Watts berlaku pada tanggal 13 Ogos 2018 dengan saspek utama, Chris Watts telah dituduh melakukan pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu ke atas 3 mangsa iaitu isterinya Shannan serta dua orang anak perempuannya yang berusia 3 dan 4 tahun.
Pada hari kejadian, Chris melaporkan kehilangan keluarganya itu pada pihak polis. Siasatan dilakukan dan akhirnya membawa kepada penangkapan Chris sebagai suspek utama berdasarkan keterangan dan bukti.
Kredit foto : allthatsinteresting.com
Chris dikatakan menjerut isterinya Shannan, yang sedang mengandungkan anak ketiga mereka dan selepas membunuh ketiga-tiga mangsa, dia memindahkan mayat-mayat itu ke dalam tangki gas di tempatnya bekerja.
Sebelum pembunuhan itu berlaku, Chris mengaku dia ingin bercerai dengan isterinya kerana dia telah membuat hubungan sulit dengan wanita lain. Berlaku pertengkaran dan terjadinya pembunuhan kejam itu.
Chris dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh hakim pada bulan 19 November 2018. Hukuman mati tidak dikenakan kerana tidak diutarakan oleh pihak pendakwaraya disebabkan keluarga Shannan tidak ingin berlakunya satu lagi kematian.
Apa yang menariknya adalah walaupun Chris merupakan penjenayah yang kejam, dia telah menerima banyak surat cinta dari wanita-wanita yang mengenalinya hanya melalui kes pembunuhan itu! Banyak surat yang diterimanya di penjara malah ada wanita yang mengatakan bahawa dia sering teringat Chris setiap hari sejak melihat Chris di dalam berita.
Wanita itu juga menambah bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia jika Chris membalas suratnya itu. Dia percaya Chris tidak bersalah dalam kes pembunuhan terbabit.
allthatsinteresting.com
Berdozen-dozen surat yang diterimanya dan ada juga yang mengatakan bahawa Chris adalah lelaki yang hebat. Seorang lagi wanita malah menghantar gambarnya berbikini untuk tatapan Chris.
Mungkin inilah yang dikatakan wanita lebih suka pada 'bad boy' atau lelaki nakal berbanding dengan ramai lagi lelaki yang baik di luar sana kan? -CARI |