View: 2300|Reply: 9
|
Pelanggan Restoran Hotpot Tersedak 'Dihidangkan' Video Aksi Panas, Sabotaj Ke?
[Copy link]
|
|
Sebelum ini, media melaporkan IKEA di Hong Kong tidak sengaja memaparkan video porno di skrin besar pintu masuk.
Terbaru, Shanghaiist melaporkan pelanggan di sebuah restoran di China yang sedang menikmati hidangan pada malam Sabtu dikejutkan dengan kejadian tidak disangka-sangka apabila skrin besar yang sedang memainkan iklan promosi restoran itu tiba-tiba memaparkan video lucah.
Kejadian itu berlaku di restoran Haidilao, sebuah rangkaian restoran periuk panas (hotpot) di bandar Wuhan yang terkenal dengan khidmat pelanggannya yang sangat bagus.
Seorang pelayan yang menyedari kejadian segera mematikan suisnya, namun salah seorang pelanggan sempat mengambil gambar kejadian memalukan itu.
Dengan kuasa viral, imej tidak senonoh itu menjadi tular di media sosial tempatan, Weibo dan mencatatkan lebih 370 juta tontonan.
Keesokannya, pihak restoran memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka telah melaporkan kejadian kepada polis. Bagaimana video itu 'termain sendiri'? Pihak restoran juga tiada jawapannya.
Namun, netizen membuat spekulasi bahawa terdapat pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memainkan video itu menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar mereka.
Kredit foto: Shanghaiist
Oh, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada Haidilao. Tahun lalu, restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.
Tidak lama kemudian, muncul tajuk utama mengenai seorang wanita yang mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di situ.
Haidilao ditubuhkan pada 1994 oleh bekas pekerja kilang dan telah berkembang di China dengan lebih 190 cawangan. Malah, ia turut melebarkan sayapnya di seluruh dunia ke bandar-bandar seperti Los Angeles, Singapura, Seoul, dan Tokyo.
Lebih menarik, pelanggan yang menunggu meja di Haidilao ditawarkan rawatan kuku dan urutan percuma! Jadi, memang tidak hairanlah mereka dikatakan memiliki khidmat pelanggan terbaik!
Adakah kes ini bertujuan mensabotaj imej Haidilao? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
potong selera kalau mcm ni punye vid tertengok |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan sabotaj. ni pelaris |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama |
|
|
|
|
|
|
|
ultraline: ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama
Ye betul..smart tv ni u blh je cast,stream. Just download apps model smart tv tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
MEmang boleh sabotaj pun. Tu lah bahayanya smart tv kalau tak di set kan betul betul |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti rasa awkward kan lepastu |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu gi lepak dekat kedai makan tokey bukak rancangan wrestling. Tapi sekarang nie dah tukar pulak bukak citer wrestling atas katil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|