View: 3847|Reply: 15
|
Najis Juga Jadi Pilihan! 'Aiskrim Najis' Lengkap Mangkuk Tandas Kini Hot Di Jepu
[Copy link]
|
|
Jika sebelum ini kita geli-geleman dengan tindakan Aliff Syukri memuat naik gambar najis di laman Instagramnya, aiskrim ini mungkin memberi kesan sama kepada anda!
Kenapa? Ini kerana aiskrim mirip najis kini menjadi trend di Tokyo.
Kredit foto: Tokyo Treat
Jepun memang suka menampilkan sesuatu luar biasa, tetapi rupa aiskrim ini sangat menjijikkan. Apatah lagi ia dihidang dalam bekas menyerupai mangkuk tandas. Eewww!
METRO.co.uk melaporkan, kafe Sweet XO Good Grief di Harajuku menawarkan hidangan baru mereka iaitu aiskrim Unchi-kun Soft Serve.
Unchi-kun adalah nama yang lebih sopan untuk menyebut najis. Tetapi nasib baik perisanya tidak seburuk rupanya yang menjijikkan itu.
Aiskrim berwarna coklat seakan-akan najis manusia itu dihias dengan 'mata dan mulut', malah ada mahkota diletakkan di atasnya.
Menurut SoraNews24, pelanggan boleh memilih sendiri topping dan perhiasan lain seperti marshmallow yang menyerupai telinga arnab.
Kredit foto: Tokyo Treat
Adakah selepas dihias, aiskrim menyerupai najis itu akan kelihatan menyelerakan? Difahamkan, setiap hidangan Unchi-kun berharga 650 yen iaitu bersamaan hampir RM25.
Nampaknya tema najis bukan saja popular di Jepun, tetapi juga di Taiwan di mana terdapat restoran 'Modern Toilet'.
Ya, semua makanannya bertemakan najis! Ini termasuklah hot pot, mi dan aiskrimnya.
Mana lebih menjijikkan antara makanan eksotik seperti ulat sagu atau aiskrim mirip najis ini? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Taik mmg bentuk mcm tu ke? Iols berak x pernah dpt bentuk mcm tu pon? |
|
|
|
|
|
|
|
Belah2 Jepun, Korea dan Taiwan banyak je kedai yang konseptnya sebegini bukan benda baru pun |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94: Taik mmg bentuk mcm tu ke? Iols berak x pernah dpt bentuk mcm tu pon?
TMI sis kalau toilet cangkung boleh dapat bentuk tu kot hikhik kalau toilet duduk susah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
still tak boleh beat bakso dalam toilet dari indon tu hahahaha.. yang tu jijik ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
tak gamak nak makan hoiii |
|
|
|
|
|
|
|
putuih selero den! |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ada kan restoren toilet ni,sama mcm yg taiwan tu.tp non halal laa...xsure bukak lg ke x,dulu ada satu kt melaka,satu kt penang |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo..ak sanggup pulak nak makannya walaupun membayangkan tu aiskrim coklat je... |
|
|
|
|
|
|
|
kembang tekak aihhh |
|
|
|
|
|
|
|
alamak tak tergamak nak makan wehhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
uwekkkkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
uwekkk!!! muntah hijau kalau gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|