Jika anda masih ingat pada bulan Jun 2018, satu production dari Singapura, Tropic Monster TV ada menemubual rakyat Singapura yang berbangsa Melayu.
Dalam video itu, pengacara itu bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu dan rata-rata Singaporean berbangsa Melayu yang ditemu-ramah tidak fasih berbahasa Melayu dan lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak faham Bahasa Melayu.
Video itu mendapat perhatian ramai, terutamanya dari orang Melayu Malaysia. Rata-rata mengatakan budaya Melayu sudah hilang dimakan zaman di Singapura dan perlahan-lahan identiti bangsa Melayu bakal hilang.
Sebenarnya, Tropic Monster TV ada juga bertanyakan soalan dalam bahasa Mandarin kepada Chinese Singaporean dan sebahagian dari mereka turut tidak faham dan fasih berbahasa Mandarin. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Adakah penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Singapura menghapuskan bahasa ibunda mereka seperti Bahasa Melayu dan Mandarin.
Jika kita lihat di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu juga semakin berkurangan dan mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris akan dipandang sebagai seorang yang bijak. Adakah mereka yang hanya fasih berbahasa Melayu itu bodoh?
Negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Jepun amat bangga akan bahasa mereka. Jika anda lihat di Indonesia, bangsa Cina bertutur dalam bahasa Indonesia dalam kegunaan harian mereka, bukannya bahasa ibunda mereka.
Pada 2017, bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim pernah berkata bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa lemah hanya dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukannya.
Sebagai rakyat Malaysia, identiti negara dan bangsa haruslah dijaga supaya tak hilang dimamah zaman. Berbanggalah bertutur dalam bahasa Melayu di samping menguasai bahasa lain supaya dapat bersaing.
Jadi, bagaimanakah cara untuk Malaysia mengekalkan identiti negara itu sendiri? Berikan komen dan pendapat anda di bawah! - CARI |