Bosan dengan calon-calon Presiden sedia ada yang tidak mewakili hasrat orang-orang muda dan sering berlindung di sebalik slogan, netizen Indonesia telah mencipta watak fiksyen Nurhadi dan Aldo, pasangan duo calon untuk mengalahkan Presiden Jokowi dan pasukan lainnya.
Kredit foto: Carian Google
Watak Calon Presiden dan Timbalan, Nurhadi dan Aldo (atau ringkasan Dildo) sebenarnya adalah rekaan beberapa orang anak muda sebagai sindiran terhadap keadaan politik Indonesia yang membosankan mereka.
Kredit foto: Carian Google
Instagram mereka berdua yang tampil dengan tag line menarik 'Dildo for Indonesia' mendapat sambutan sangat memberangsangkan dengan 400,000 pengikut Instagram dalam kurang sebulan.
Kredit foto: Instagram
Memberitahu The Guardian, salah seorang admin laman itu, Edwin berkata watak Nurhadi dan Aldo adalah satu perspektif baru orang muda untuk menikmati politik dan respon mereka terhadap drama ahli politik elit yang sering bertelingkah, tidak mewakili pendapat ramai.
'Kami menanti-nantikan pandangan bernas para calon Presiden tetapi sehingga kini tidak ada program atau cadangan penyelesaian terhadap masalah kami' tambahnya lagi.
Negara Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum pada bulan April depan dan 80 juta daripada 187 juta pengundinya terdiri daripada golongan milenial.
Kredit foto: The Guardian
Meminjamkan gambar seorang tukang urut untuk watak Nurhadi, duo ini tampil dengan gambar-gambar photoshop dan slogan ubahsuai mencuit hati sambil menyindir calon lain. Mereka juga mencadangkan program yang mengejutkan seperti menghalalkan marijuana dan pro LGBTQ.
Kredit foto: Pinterpolitik
Di sebalik sindiran tajam, Edwin berkata dia dan tujuh orang teman adminnya mempunyai satu azam serius iaitu menyajikan humor yang mendidik warga Indonesia supaya befikir kritis sebelum membuat pilihan tanpa terpengaruh dengan slogan-slogan manis calon pilihanraya.
Sayangnya calon fiksyen yang popular di kalangan warga muda ini tidak akan muncul di atas kertas undi, kalau tidak ada harapan untuk mencabar Presiden Jokowi. -CARI |