Semenjak beberapa insiden keselamatan membabitkan bomba menjadi isu nasional, ramai yang mempunyai pandangan bercampur baur. Ada yang mempersoalkan tanggung jawab bomba yang lambat membuat kerja tetapi ada juga yang sangat menyanjung tugas bomba kepada masyarakat.
Di media sosial, tular sebuah video kekalutan ahli bomba yang baru sahaja habis bersukan tetapi terpaksa bergegas apabila mendengar siren kecemasan dengan mengambil uniform lalu masuk ke kereta bomba. Video berdurasi 29 saat walaupun terlalu sekejap, tetapi ia sudah menjelaskan yang tanggungjawab bomba kepada negara diletakkan di tempat teratas melebihi keselesaan diri sendiri. Malahan jelas beberapa anggota yang cuma berseluar pendek terkocoh-kocoh memasuki kereta bomba.
Oleh itu, ada seruan daripada netizen yang meminta kenaikan gaji atau elaun kepada golongan ini dan bukannya elaun ahli politik.
Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tugas bomba sememangnya membabitkan nyawa. Malahan bukan sahaja keselamatan harta benda dan manusia, kucing yang terlekat di atas pokok pun bomba yang mengendalikannya.
Kredit foto: Carian Internet
Malahan cadangan untuk menaikkan gaji atau elaun mereka disambut baik oleh netizen kerana dikatakan gaji ahli bomba adalah yang paling sedikit berbanding pekerja kerajaan yang lain. Malahan gaji menteri yang sepatutnya diturunkan.
Timbul persoalan dalam kalangan netizen, adakah mereka yang merakam ini tidak terlibat dalam operasi bomba? Bagaimanapun ia dijawab oleh ahli bomba tersebut bahawa perakam tidak bekerja pada hari tersebut dan datang untuk bersukan sahaja. Seterusnya netizen turut bertanya beberapa persoalan seperti berapa anggota terlibat dalam satu misi.
Menjadi 'keyboard warrior' memang sangat mudah lalu menghakimi tugas-tugas di luar bidang mereka. Namun, jika mereka tahu begini situasinya disebalik ketangkasan bomba menyelamatkan sesuatu insiden, pasti ada yang terdetik tidak mahu mengecam. Jadi, terima kasih kepada semua ahli bomba yang terlibat menjaga keamanan negara.
Apa pula pendapat anda? - CARI
|