View: 4103|Reply: 13
|
Bangkai Haiwan Bergelimpangan, Australia Alami Musim Panas Terburuk
[Copy link]
|
|
Foto: WWF Australia
Pada 2017, media antarabangsa melaporkan Australia akan menghadapi musim panas terburuk dalam masa 25 tahun akan datang berdasarkan kajian yang dibuat Universiti Kebangsaan Australia.
Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila dilaporkan, lebih 13 bandar seluruh Australia Selatan bakal memecahkan rekod kepanasan, yang mana diramalkan akan mencapai suhu 50 darjah Celsius dalam tempoh sehari dua ini. lapor Ginfomasa.
Negeri di Australia Selatan yang dijangka akan terjejas teruk adalah wilayah utara Adelaide. Biro Kaji Cuaca Australia melaporkan suhu di utara Adelaide kini telah mencapai 47.9 darjah Celsius, manakala suhu dalam bandar raya pula telah mencecah 46.2 darjah celcius. Difahamkan, ia adalah rekod terburuk sejak tahun 1939.
Walaupun penduduk Adelaide sudah biasa dengan suhu tinggi ketika musim panas hemisfera selatan, namun kali ini mereka terpaksa bertahan menghadapi cuaca panas yang paling buruk.
Kawasan Tenggara Australia juga menghadapi fenomena kepanasan melampau, malah sejak tiga minggu lepas amaran kebakaran hutan telah dibuat oleh Pejabat Meteorologi Australia.
Begitu juga kawasan barat Australia yang telah menghadapi suhu panas melampau sejak tiga minggu lepas namun tidak seteruk suhu panas melampau di selatan Australia.
Sementara itu, negeri di pedalaman Australia, Alice Spring yang juga menghadapi fenomena gelombang haba panas pula dikejutkan dengan kematian lebih 90 kuda liar berhampiran lubang air kering. 40 daripada kuda itu mati disebabkan dehidrasi dan kelaparan, manakala selebihnya terpaksa dimatikan.
Gambar daripada Ralph Turner.
Menurut media tempatan, seorang artis kesenian orang asli, Ralph Turner telah menemui bangkai sekawan kuda liar jenis brumby. Menurut beliau, kuda-kuda liar itu mungkin turun ke dalam kolam kering tersebut bagi mencari air yang biasanya ada di situ setiap kali kawanan berkenaan singgah, namun disebabkan kemarau melampau semua air di situ kering dan menyebabkan haiwan terbabit kehausan.
Setiap tahun, negara itu menghadapi gelombang panas iaitu sepanjang bulan Disember hingga Februari. Menurut Biro Meteorologi dan Sains Kebangsaan, CSIRO, Australia mengalami pertambahan saru darjah Celsius sejak tahun 1910.
Peningkatan suhu di Australia ini mungkin berpunca daripada pencemaran gas rumah hijau yang mana tenaga berasas arang batu masih banyak digunakan di negara tersebut.
Menurut sumber Wikipedia, Australia akan terus terdedah kepada kesan pemanasan global yang dijangkakan untuk 50 hingga 100 tahun akan datang kerana kawasannya yang gersang dan separa gersang, iklim panas, perubahan suhu hujan yang tinggi, dan tekanan pada bekalan air. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sangat informatif.
Teruskan menulis. |
|
|
|
|
|
|
|
serius sedih bila part haiwan mati sbb kemarau and pemanasan global |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya
|
|
|
|
|
|
|
|
pnh ke sana musim panas suhu dlm 40 darjah..mmg turn off nk bjalan rs bahang mlampau sgt |
|
|
|
|
|
|
|
itu la heatwave tu dah smp ke tmp aku skrg ni..mmg xrajin aku nak keluar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia skrg punya cuaca boleh tahan panasnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... mcm cerita The Land Before Time.. semua berhijrah cari air.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ni berlaku selalunya haiwan yang akan paling banyak jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kat malaysia pun skang panas berbahang2 wpun hujan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|