Sumber Gambar: IG Aiman Banna
iPhone = Dajjal
Samsung = Syurga
Kenyataan Aiman Banna dalam videonya itu mendapat perhatian ramai kerana seolah olah tidak cukup ilmu dan mempersendakan agama. Dalam video tersebut, dia mendapat soalan yang berbunyi berikut;
"Assalamualaikum Ustaz, kenapa illuminati ada satu mata"
Aiman Banna menjawab soalan tersebut dengan menceritakan kisah lelaki yang bernama Illum dan kekasihnya yang bernama Nati yang buta. Illu memberikan satu matanya kepada Nati dan terjadilah Iluminati yang bermata satu. Dihujung videonya pula dia berlawak dengan mengatakan bahawa iPhone itu adalah dajjal.
Mungkin niatnya mahu menarik perhatian pendengar dengan berlawak tetapi penerangannya itu sedikit melalut dan seperti mempersendakan agama.
Yang menjadi masalah buat netizan adalah audience Aiman Banna yang merupakan pelajar sekolah. Jika persoalan agama dijawab sebegitu iaitu secara main-main dan lari dari topik, mungkin ini akan mempengaruhi pelajar tersebut. Juga, cara sebegitu kurang sesuai untuk pelajar yang muda umurnya.
Video Aiman Banna mendapat kecaman netizen yang menggelarkan dia sebagai "Ustaz Celup" kerana masih tidak cukup ilmu. Rata-rata tempat yang Aiman beri ceramah pula adalah di sekolah dan juga universiti, di anggap sebagai kurang sesuai oleh netizen kerana dia bukanlah seorang pendakwah yang sebenar.
Aiman Banna membalas tweet yang mengecam videonya itu dengan mengatakan mereka perlu tonton video ceramahnya yang penuh selama 3 jam dan baru boleh menilai apa yang cuba disampaikannya. Tetapi sekali lagi Aiman Banna terdiam apabila ada yang mengaku pernah ke ceramahnya dan geram dengan dakwahnya sehingga hampir mengetuk kepalanya.
Kita tolak tepi kes Aiman Banna ini, sebenarnya ramai Ustaz dan pendakwah yang menyampaikan ilmu dengan hanya belajar sekerat jalan atau tanpa ilmu yang cukup. Ustaz Celup ini kadang kala diangkat masyarakat meskipun apa yang disampaikan kadang kala tidak benar.
Jadi lepas tonton video Aiman Banna itu, apa pendapat korang? Betul ke cara dia berdakwah dengan pelajar atau ada yang perlu diperbaiki? - CARI
|