Selepas kontroversi panasnya tersebar meluas, beberapa artis lain turut tampil menyuarakan isu Emma Maembong bergambar bersama Syed Abdullah, abang kepada Menteri Belia dan Sukan.
Kredit foto: IG Syed Abdullah
Ada yang menyindir, ada juga yang mempertahankan aktres itu.
Terbaru, pelakon Sharifah Sakinah dan Amyza Aznan turut menempel di laman Instagram masing-masing untuk menyindir Emma.
Kredit foto: IG Sharifah Sakinah
Sakinah memuat naik gambar dengan kapsyen "Sharifah is cancelled" (kapsyen digunakan netizen untuk menyindir Emma) mengundang kecaman netizen kerana sering memerli individu lain terutama golongan selebriti.
Kredit foto: IG Sharifah Sakinah
Amyza juga dilihat memuat naik gambar dirinya terkangkang dengan kapsyen sinis "Jangan sibuk la celah kangkang orang".
Kredit foto: IG Amyza Aznan
Dalam masa sama, IG pengarah Michael Ang turut tidak terkecuali daripada terkena tempias bahang kontroversi 'anak kesayangannya' itu.
Dalam entrinya, Michael mendakwa sudah 'memaki' Emma berhubung tingkah laku panasnya itu. Apa katanya?
Ramai juga batu api nak mengeruhkan keadaan. Bila agaknya cerita panas Emma ini akan mereda ya? - CARI
|