Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong sebagai juara keseluruhan. Apa yang menarik perhatian pastinya persembahan artis Sufian Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Pian yang berjaya memukau dan menyentuh hati para penonton.
Foto : Carian Google
Nyanyian merdu dan penghayatan mendalam yang diberikan oleh Pian sepanjang menyanyikan lagu 'Di Matamu' itu benar-benar menusuk hati sehinggakan ramai yang turut menitiskan air mata seolah-olah turut merasai 'penderitaan' yang dialami oleh penyanyi itu. Ramai yang memuji persembahannya termasuklah penyanyi No.1 negara,Dato' Siti Nurhaliza (Tok Ti).
Sangat mendalam..
Foto : Twitter Tok Ti
Tok Ti memuat naik status ringkas di akaun Twitternya dan memuji Pian atas persembahan yang sangat mendalam disamping lagu yang teratur.
Status Tok Ti tersebut turut mendapat reaksi positif daripada pengikut Tok Ti yang rata-rata turut bersetuju dengan penyanyi No.1 itu. Malah, status tersebut telah dikicau semula ('retweet') lebih dari 21 ribu oleh pengguna media sosial terbabit.
Kalau Tok Ti dah puji, memang terbaiklah..
Foto : Twitter Tok Ti
Dapat rasakan kesedihan Pian..
Foto: Twitter Tok Ti
Pasti ramai yang terkesan dengan persembahan Pian itu kerana rata-rata mengaitkan nyanyian dan persembahannya semalam dengan kehidupan penyanyi itu sendiri. Apa pun, Pian sememangnya wajar menerima pujian kerana persembahan mantapnya semalam. Semoga dengan kemenangan Pian merangkul persembahan terbaik semalam dapat mengubati sedikit kedukaan yang dialaminya! -CARI
Post time 4-2-2019 08:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Entah knp akak x pernah minat lgsg dgn bdk pian ni.. vokal x sedap harap kontroversi je lebih, menyanyi lgsg x de wow factor...kalo x de kontroversi lgsg akak x kenal.. sorry pian show smlm pun akak tgk biasa2 je.. tp x tau knp ramai sgt suka.. mungkin akak bukan jiwang2karat, x suka lgsg lagi sedih2 meleret leret ni..{:hero
Btw akak bukan fans elpirah yg tu pun akak x kenan sbb pernah terjumpa dia.. wow so gediks {:run
Minggu ni kemurungan akak dgn berita korang berdua yg bergaduh dek kerana fans korang yg melebih lebih...{:spec