Memilih hadiah hari jadi untuk teman lelaki kadangkala boleh menjadi sesuatu yang rumit kerana bukan senang untuk menepati cita rasa seorang lelaki.
Seorang wanita dari China memilih untuk menghadiahkan 365 pasang stoking untuk teman lelakinya kerana dia tahu, lelaki itu seorang yang malas membasuh pakaiannya.
Kredit foto: Nzherald
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia berpindah masuk ke rumah teman lelakinya yang kini adalah suaminya. Setelah masuk ke rumah itu, dia terkejut apabila mendapati terdapat timbunan stokin kotor yang dipakai oleh suaminya hasil pemberiannya setahun lalu.
Rupa-rupanya, suaminya langsung tidak membasuh stoking berkenaan, bahkan sentiasa memakai stoking baru setiap hari.
Justeru, wanita berkenaan segera membasuh kesemua 365 pasang stokin yang kotor itu. Menurutnya, dia menghabiskan dua hari untuk proses mencuci dan menjemurnya di keseluruhan balkoni rumah.
Kredit foto: Nzherald
Dia memuat naik video 365 pasang stokin yang dibasuh dan dijemur itu di Weibo iaitu sebuah mikroblog di China. Akibatnya, video berdurasi 11 saat itu tular dan menjadi buah mulut orang ramai sehingga mendapat 13 juta tontonan.
Beberapa pengguna Weibo memuji tindakan wanita itu yang bertolak-ansur dengan sikap suaminya. Namun, ada juga yang mengkritik lelaki terbabit yang tidak tahu mencuci pakaian sendiri sedangkan sudah dewasa.
Semoga hal sebegini tidak berlaku di Malaysia! Agak-agak wujud tak lelaki begini di negara kita? - CARI
sapa suruh kawin dengan bewak??
ada yang elok, bewak jugak yang di pilih utk di jadi kan laki.
salahkan diri sendiri yang bongok pilih konsep asalkan berlaki.
Ok ler tu boleh pakai sepasang yang baru tiap hari. Dah pakai terus buang tak perlu nak fikir kena basuh ke hapa dan tak perlu bimbang kena pakai stokin busuk lagi. Lagi pun kat sana stokin kan murah2 jer.