Pernahkah anda mengetahui di dunia ini ada satu pulau yang dianggap seolah-olah berada di planet asing? Memetik majalah sains dan Harian Metro, Pulau Socotra adalah sebuah pulau yang berada kira-kira 350 kilometer dari pantai tenggara Yaman.
Semasa pembentukan benua masih aktif ,sebahagian kecil tanah Afrika terpisah . Ia berlaku sekitar 7 juta tahun dahulu yang membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau . Antaranya ialah Pulau Socotra, yang ditemui sejak kurun pertama Masihi. Kesultanan Mahra pernah memiliki pulau ini sebelum beralih kuasa kepada republik Yaman pada 30 November 1967 .
Kredit foto:google
Pulau-pulau kecil berdekatan dengannya ialah Pulau Samhah, Abd Al Kuri dan Darsa.
Pulau Socotra ini terkenal dengan flora dan fauna yang pelik. Ia dianggap seperti sebuah tempat yang mempunyai landskap yang sangat luar biasa seolah-olah berada di planet lain. Pulau ini juga mempunyai 40 ribu penduduk yang masih mempercayai amalan kuno dan mengamalkan sistem barter.
Kredit foto: google
Mereka ini merupakan penggembala kambing,nelayan ,dukun dan imam.
Pergunungan Haghier merupakan puncak tertinggi di pulau tersebut dengan ketinggian 1.500 m dari permukaan laut dan suhu tahunan kira-kira 18 darjah celcius.
Melalui satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saintis telah menemui 700 spesis endemic yang tidak pernah wujud di mana-mana tempat di muka bumi ini.
Pada Julai 2008, Pulau ini telah perakui oleh UNESCO sebagai warisan dunia .Walaupun mempunyai permandangan luar biasa, ia tidak boleh dilawati buat masa ini. Banyak juga negara yang melarang untuk melawati pulau ini kerana situasi keselamatan di negara tersebut yang tidak stabil.
Mari kita susuri gambar-gambar menarik Pulau Socotra
Pohon-pohon dan bentuk Pulau Socotra
Kredit foto: google
Antara haiwan-haiwan pelik di Pulau Socotra
Kredit foto:google
Penduduk pulau Socotra
Kredit foto:google
persisiran pantai
Kredit foto: google
persisiran pantai pulau
Kredit foto:google
Cantik bukan? Pulau ini juga dikaitkan dengan tempat kurungan Dajjal, melihat kepada lokasi Pulau tersebut yang terpencil dengan keunikan alamnya dan kawasannya tepat di Laut Yaman. Wallaahu'alam. -CARI |