CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 9

Mengamuk, Tetak Orang Dalam Ladang Sawit. Motifnya Cemburu Isteri Kahwin Lain

[Copy link]
Post time 12-2-2019 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak oleh bekas suami kepada isterinya.


Suspek dikatakan cemburu apabila mangsa menikahi wanita terbabit.


Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi di Felda Sahabat 56, di Lahad Datu, itu menyaksikan mangsa, Kasim Martin, 30 yang sedang makan didatangi suspek sambil membawa parang.


Pergelutan berlaku sebelum ianya dileraikan oleh beberapa pekerja ladang di situ.


Suspek (Kiri), Mangsa (kanan) Kredit foto: Harian Metro


Mangsa cedera di kepala serta tangan kanan dan kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Sahabat 16.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata,


“Anggota polis turut merampas parang dipercayai digunakan ketika kejadian. Mangsa yang dirawat menerima tujuh jahitan di kepala selain luka di bahagian tangan kanan.


“Siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan suspek cemburu dengan mangsa yang berkahwin dengan bekas isterinya."


Suspek yang berumur 25 tahun ditahan  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.


Difahamkan, suspek dan bekas isterinya berkahwin selama lima tahun sebelum bercerai Julai tahun lepas. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 01:17 PM | Show all posts
inikah yg org bilang gila talak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:19 PM | Show all posts
dah kau tipu janji hantaran kereta baru, kasi kereta second, bini blah la cari jantan lain.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Penoy ker
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah gila talak ni masa dlm tgn ko x jaga btol2 dah terlepas ke tangan org lain nak meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:21 PM | Show all posts

rasanya ni org bugis indon ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2019 03:59 PM | Show all posts
mmg giler talak tahap kronik ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:17 PM | Show all posts
kerja gila....moga lekas mereput dalam penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni punya jantan mmg patut pun ceraiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
asal kes tetak dan kelapa sawit, mesti tempat.. tahun lepas dah ada 3 kes tetak menetak..kes pakistan, kes pinjam duit, kes tak bayar gaji.. haluu pulissss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.081547 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list