View: 1395|Reply: 4
|
Ibu Hamil 8 Bulan Ditembak Anak Sendiri
[Copy link]
|
|
Kredit Foto : abc13.com
Seorang budak lelaki berusia 4 tahun secara tidak sengaja menembak ke arah muka ibunya selepas menjumpai sepucuk pistol yang disimpan di rumahnya di pinggir bandar Seattle.
Menurut Washington Post, wanita yang hamil lapan bulan itu sedang menonton TV bersama teman lelakinya di tempat tidur sebelum budak lelaki itu berjalan masuk lalu menembaknya.
Pihak polis menyatakan bahawa kanak-kanak itu menjumpai senjata berkenaan yang diletakkan di antara tilam katil dan peti kotak.
Selepas kejadian, wanita yang terkena tembakan itu telah segera dibawa ke hospital dan keadaanya kini dilaporkan stabil.
Gambar Hiasan
Pihak polis sudah menahan teman lelaki wanita itu, yang juga merupakan bapa kepada budak lelaki tersebut. Dia kini akan disiasat kerana memperoleh senjata itu secara haram, dan gagal menyimpan senjata itu di tempat yang selamat sehingga mendatangkan kecederaan.
Di King County, pihak berkuasa tempatan baru-baru ini telah meluluskan undang-undang mengenakan denda sehingga $ 1,000 kepada mereka yang gagal menyimpan senjata api dengan selamat. Bandar-bandar Seattle dan Edmonds juga telah meluluskan peraturan tersebut. - CARI. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak mati. Jgn nak blame budak tu pulak bila dah besar nanti. Sendiri tak pandai sorok senjata. Nasib budak tu pun tak hala ke badan sendiri kalau tak dia pulak yang arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Americans and their guns..... |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ini sudah ada minggu lepas.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|